10 May 2010

TUN HANIFF OMAR TROPHY / SPORT EXCEL 4TH JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS

TARIKH : 2 - 9 MEI 2010
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK KEBANGSAAN, SUBANG
PESERTA : 2 JURULATIH & 21 ATLET

Pasukan Menembak Negeri Johor telah meraih tempat pertama dalam Kategori Remaja Sport Excel dengan pungutan pingat 6 - emas, 1 - perak dan 5 - gangsa. Manakala bagi Kategori Terbuka, Johor menduduki ranking ke -4 dengan pungutan pingat 3 - emas, 3 - perak dan 1 - gangsa. Ini menjadikan pungutan pingat keseluruhan yang diraih dalam kejohanan tersebut adalah 9 - emas, 4 - perak dan 6 - gangsa. Ini merupakan kejayaan yang amat bermakna bagi semua atlet dan jurulatih Sukan Menenmbak Negeri Johor. 

Seramai 21 orang atlet termasuk atlet SUKMA Negeri Johor dan Pelapis Negeri Johor telah menyertai kejohanan tersebut dibawah seliaan 2 orang jurulatih iaitu En. Subari Bin Ariffin dan Mr. Nikolaev Victor. Pada kejohanan kali ini, adik Mohd Shahril Sahak telah melepasi mata kelayakan ke Temasya Sukan Komanwel dalam acara air rifle (588) apabila memperoleh mata 590. Manakala bagi acara 50m air rifle prone berpasukan, gandingan adik Mohd Shahril Sahak, Nik Muhammad A'imullah Supardi dan Mohd Muhly Ibrahim Shah telah berjaya memperbaharui dan mencipta rekod baru kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Menembak Negeri Johor sepanjang penyertaan kejohanan tahun 2010. Semoga kejayaan pada kejohanan kali ini dapat dikekalkan dan dijadikan semangat juang untuk menghadapi Temasya Sukan Malaysia XIII di Melaka pada Jun nanti.

No comments:

Post a Comment