01 May 2010

KARNIVAL MINGGU SUKAN JOHOR 2010

PERTANDINGAN ANGKAT BERAT PELAPIS NEGERI
INTER-ZON SELATAN 01/2010

Danga Bay, Johor Bahru: Pertandingan Angkat Berat Pelapis Negeri Inter-Zon 01/2010 telah memulakan perrtandingan jam 4.00 pm tadi. Pertandingan ini telah disertai Pelapis Negeri Johor (Felda Pemanis Segamat), Banda Putra (Segamat), Pasir Gudang (Johor Bahru) dan Melaka. Mana Negeri Sembilan yang sepatutnya turut serta telah menarik diri diatas sebab tertentu. Secara keseluruhan seramai 21 orang  atlet telah mengambil bahagian. Sesi pertandingan telah dibahagikan kepada 3 iaitu sesi pertama jam 4.00 petang, sesi kedua 8.00 malam dan seterusnya penyampian hadiah. Sesi ketiga pada 2hb Mei 2010 jam 4.00 petang di Danga Beach Danga Bay.


No comments:

Post a Comment