Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua Pegawai, Jurulatih dan Atlet dari Program Pelapis Negeri JOhor dan juga kepada semua penggiat sukan terutama di Negeri Johor. Semoga tahun 2012 akan melahirkan lebih ramai atlet yang berwibawa dan mencapai kejayaan dalam apa jua pertandingan yang disertai.
Showing posts with label USPTN JOHOR. Show all posts
Showing posts with label USPTN JOHOR. Show all posts
01 January 2012
28 October 2011
WARGA BARU USPTN JOHOR
WARGA BARU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
CAWANGAN PELAPIS
BAHAGIAN ATLET
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Pada 17hb Oktober 2011, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor telah menerima dua (2) warga baru bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17 - Pentadbiran dan Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi) N17 - Kewangan. Mereka yang dimaksudkan adalah : -
Cik Norsazila Binti Mohd Sahid
Pembantu Tadbir - Pentadbiran
Cik Farhah Aslinda Binti Ahmad
Pembantu Tadbir - Kewangan
KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS
25 October 2011
MESYUARAT JKK SUKAN MENEMBAK BIL 01/2011
TARIKH : 20 OKTOBER 2011
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR
Satu Mesyuarat JKK Sukan Menembak Bil 01/2011 diadakan pada 20hb Oktober 2011 dan dipengerusikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor. Mesyuarat JKK ini dilaksanakan agar dapat memastikan pembangunan sukan di peringkat Negeri dijalankan secara teratur dan sistematik.
Pelaksanaan JKK Sukan Menembak kali ini adalah antara Majlis Sukan Negeri Johor, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dan PPN (Cawangan Pelapis MSNM), Persatuan Menembak Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta jurulatih-jurulatih yang dilantik. Dengan melalui kerjasama ini, segala program-program latihan, penyertaan kejohanan dan perancangan akan datang dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan terancang bagi melahirkan atlet-atlet muda yang berbakat dan komited di setiap peringkat.
Pelbagai perkara yang dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat JKK tersebut. Antaranya adalah :
1. Mengkaji semula program latihan tahunan sukan menembak dari aspek teknikal agar lebih terancang. Manakala pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa oleh PPN.
2. Perlantikan jurulatih yang berkelayakan. Pihak USPTN Johor ingin memohon lantikan semula JLN - Nikolaev Victor dari pihak MSNM.
3. Perancangan pertandingan yang diselaraskan dengan kejohanan peringkat kebangsaan beserta amplikasi kewangan yang telah diperuntukan sepanjang 2011.
4. Penilaian prestasi atlet, jurulatih dan PLN dibuat berdasarkan laporan-laporan bulanan serta pemantauan PPN. Jurulatih dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti dan mencadangkan atlet-atlet yang berpotensi bagi program akan datang.
5. Permasalahan PLN turut dibincangkan dalam mesyuarat JKK ini. Antaranya kerosakan sistem sasaran, baikpulih sistem sasaran, kerosakan senjata api serta kekurangan aksesori tambahan bagi sukan menembak. Perkara ini diambil berat oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor kerana perlu persediaan awal bagi menghadapi SUKMA 2012 di Pahang nanti.
6. PPN memaklumkan program TID sedang dijalankan dalam tempoh bulan Oktober ini. Manakala, Fasa 2 akan diadakan pada 10 November 2011.
16 October 2011
Laporan Program TID Sukan Menembak - SK. Tengku Mariam, Batu Pahat
PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN MENEMBAK
TEMPAT : SK. TENGKU MARIAM, BATU PAHAT
TARIKH : 14 OKTOBER 2011
Pada 14 Oktober 2011, jurulatih-jurulatih telah membuat pemilihan program TID Sukan Menembak Fasa 1 di SK. Tengku Mariam, Batu Pahat. Sekolah ini merupakan sekolah bagi pelajar-pelajar perempuan dan buat kali kedua sekolah ini terpilih untuk mengikuti program TID ini selepas tahun 2010.
Sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah amat membanggakan kerana mendapat bantuan sepenuhnya dari pihak Jabatan Pelajaran Daerah Batu Pahat selepas pihak PPD menganjurkan pengenalan Sukan Menembak di Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor pada 24 September 2011 yang lalu. Pihak USPTN Johor berharap agar lebih banyak jabatan-jabatan serta sektor-sektor lain turut berminat dan membantu bagi membangunkan Sukan Menembak Negeri Johor. Sekian, terima kasih.
Pemilihan peserta-peserta di setiap kelas
Penerangan awal berkenaan Sukan Menembak
Peserta-peserta mengisi borang dan menjawab beberapa soalan yang disertakan
Antara peserta-peserta yang mengikuti program TID Sukan Menembak ini
03 October 2011
PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS
PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS, MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
KE NEGERI JOHOR
PEMANTAUAN HARI KETIGA (30HB SEPTEMBER 2011)
30hb September 2011, Pemantauan Pengurus Sukan Pelapis Negeri Johor diteruskkan ke 3 buah pusat latihan Pelapis Negeri Johor iaitu Pusat Latihan Sukan Menembak, Gimrama dan Skuash. Di akhir pertemuan pengurus sukan (En Ngaim) telah mengadakan perjumpaan bersama semua SDO bagi memaklumkan dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan pemantauan disepanjang pemantauan beliau. Berikut adalah gambar disepanjang pemantauan di hari ke tiga.
HARI KE TIGA (30HB SEPTEMBER 2011)
1. PUSAT LATIHAN SUKAN GIMRANA
SJK ( C ) Ai Chun, Batu Pahat, Johor
Dari kiri : Cik Siti Radziah (SDO Sukan Gimrama), Cik Teo Teng Teng (JSM Gimrama) dan En Ngiam (Pengurus Sukan Pelapis Negeri)
Para atlet yang hadir berlatih.....
Atlet mengulung carpet selepas sesi latihan tamat.....
Berkesempatan berjumpa Guru Besar SJK ( C ) Ai Chun semasa sesi pemantauan......
Berkesempatan berjumpa Guru Besar SJK ( C ) Ai Chun semasa sesi pemantauan......
2. PUSAT LATIHAN SUKAN MENEMBAK
Lapangsasar Menembak Negeri Johor, Jln Tanjung Laboh, Batu Pahat Johor
3. PUSAT LATIHAN SUKAN SKUASH
Johor Golf Country Club (JGCC) Johor Bahru
4. PERBINCANGAN PEMANTAUAN
Pihak USPTN Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Ngiam diatas kunjungan sepanjang 3 hari beliau ke Johor di atas Pemantauan Pengurus Sukan Pelapis Negeri. Sekian.
30 September 2011
PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS
PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS, MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
KE NEGERI JOHOR
PEMANTAUAN HARI KEDUA (29HB SEPTEMBER 2011)
Pemantauan hari kedua kami membabitkan pusat latihan Pelapis Negeri Johor yang berada di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor iaitu sukan memanah, sepak takraw dan gimnastik. Manakala pemantauan di Mersing, Johor hanya membabitkan satu jenis sukan iaitu sukan pelayaran yang baru berpindah pusat latihan fari Tanjung Langsat, Pasir Gudang Johor. Berikut aadalah gambar-gambar yang membuktikan pemantauan kami.
Di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, kami telah disambut oleh Pengetua SSTMI dan para jurulatih dan bekas yang terlibat dan pernah dibawah program Majlis Sukan Negara Malaysia iaitu jurulatih lawan pedang, hoki wanita, sepak takraw, memanah dan gimnastik. Terlibat sama di dalam perjumpaan ini adalah Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) yang terlibat.
1. PUSAT LATIHAN SUKAN MEMANAH![]() |
Perjumpaan dan Perbincangan bersama Pengetua dan Jurulatih2 SSTMI sebelum memulakan lawatan ke PLN. |
Sek. Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar Johor
![]() |
Ketua Unit, Pengurus serta JSM Memanah. |
![]() |
Perbincangan JSM bersama Pengurus Cawangan Pelapis |
Sek. Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar Johor
Dari kiri : Tn Hj Kasbullah (JSM Takraw), En Giam, Tn Hj Ismail Atan (JPM Takraw) dan En Edzambry (SDO Sukan Sepak Takraw Pelapis Negeri Johor
3. PUSAT LATIHAN SUKAN GIMNASTIK
Sek. Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar Johor
4. PUSAT LATIHAN SUKAN PELAYARAN
Tunjuk Laut Beach Resort, Tanjung Leman, Mersing Johor
Bertopi : Tn Hj Abdul Aziz (JSM Sukan Pelayaran)
Ruang Pejabat, Bilik Persalinan dan Stor peralatan di dalam pembinaan
Ruang sementara penyimpanan layar
Stor sementara penyimpanan barang dan bot
Bot Optimist yang di susun kerana tidak mencukupi ruang penyimpanan barang
Pantai yang landai memudahkan para atlet membawa bot mereka terus ke laut
Baju Biru : Pen Setiausaha Persatuan Pelayaran Johor En. Razak.
Tamat sesi pemantauan pada hari kedua.
PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS
PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS, MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA KE
PUSAT-PUSAT LATIHAN PELAPIS NEGERI DI JOHOR
Johor Bahru : Mulai 28hb September hingga 30hb September 2011, USPTN Johor akan menerima kunjungan Pegawai Pengurus Sukan Pelapis Negeri dari Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia iaitu En Giam Fook Pang. Beliau telah ditugaskan untuk memantau kesemua pusat latihan Pelapis Negeri Johor iaitu 17 pusat latihan yang membabitkan 15 jenis sukan. Tujuan pemantauan adalah untuk mengenalpasti keperluan dan penambahbaikan kepada program Pelapis Negeri khususnya Negeri Johor. Berikut adalah gambar-gambar disepanjang lawatan beliau ke Pusat Latihan Pelapis Negeri Johor.
En. Giam Fook Pang
Sebaik tiba terus mengatur pergerakan untuk hari pertama
PEMANTAUAN HARI PERTAMA (28H SEPTEMBER 2011)
1. PUSAT LATIHAN SUKAN BADMINTON
Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Johor, Larkin
En. Giam bersama En Hassan Maarof (Jurulatih Sepenuh Masa) Pelapis Negeri Johor
2. PUSAT LATIHAN SUKAN TINJU
Gelanggang Tinju MSNM / MSN Johor, Larkin
En. Giam memerhatikan persekitaan pusat latihan. Semasa pemantauan tiada sesi latihan dijalankan.
Di antara peralatan glove dan head gaurd yang rosak dan tidak sesuai digunakan
3. PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING
Pusat Bowling Dynamic Bowl, Danga City Mall, Johor Bahru
4. PUSAT LATIHAN SUKAN TERJUN
Kolam Terjun Majlis Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Johor Bahru
![]() |
Pengurus dan Ketua Unit Usptn Johor sedang memantau PLN Terjun |
![]() |
JSM Razif sedang menjalankan latihan semasa pemantauan diadakan. |
5. PUSAT LATIHAN SUKAN RENANG
Kolam Renang Majlis Bandaraya Johor Bahru, Larkin, Johor Bahru
Seramai 5 orang atlet Pelapis Negeri Johor sedang giat berlatih
Tamat pemantauan hari pertama
01 August 2011
selamat berpuasa
Warga Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengerak dan pengiat sukan khususnya di Negeri Johor dan am di Malaysia.
Salam Ramadhan Al-Mubarak
10 July 2011
KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI SIRKIT 2/2011
Adalah dimaklumkan bahawa, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Menembak Negeri Johor telah menganjurkan Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 2/2011 pada 6 - 9 Julai 2011 bertempat di Lapang Sasar Menembak Batu Pahat, Johor. Kejohanan ini merupakan medan untuk menilai prestasi atlet-atlet bawah 16 tahun dalam Program Pelapis Negeri, Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia.
Kejohanan ini telah melibatkan penyertaan seramai 113 orang atlet dari 11 buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Sebanyak 2 acara yang dipertandingkan bagi kategori Lelaki dan Wanita iaitu :-
1. Acara 10m Air Rifle - Lelaki & Wanita
2. Acara 10m Air Pistol - Lelaki & Wanita
Majlis penyampaian hadiah dan pingat kemenangan disempurnakan dengan kehadiran Presiden Persatuan Menembak Johor iaitu Dato' Kher Pok Sun serta Puan Nik Mardyiya Mansoor (Bahagian Pengurusan Acara MSNM), Puan Nur Ehsan Hassan (Cawangan Pelapis MSNM), Encik Hafiszal Tukemin (Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor), semua jurulatih dan atlet-atlet.
.Sesi bergambar bersama Presiden Persatuan Menembak Johor
Pada kejohanan kali ini, trofi Penembak Terbaik Lelaki dimiliki oleh adik Zul Haziq Bin Rosli (Wilayah Persekutuan) manakala Penembak Terbaik Wanita dimiliki oleh adik Aida Natasya Binti Rasip (Melaka). Kedua-dua penembak ini merupakan dari acara Air Rifle
Keputusan kejohanan adalah sepertimana berikut :-
10m Air Rifle Wanita (Individu)
1. Aida Natasya Binti Rasip (Melaka) - 383 + 99.5
2. Nur Syahirah Binti Zulkifle (Selangor) - 380 + 97.8
3. Nor Fadhillah Binti Ahmad Kamal (Pahang) - 377 + 99.6
10m Air Rifle Wanita (Berpasukan)
1. Pahang - 1128
2. Pulau Pinang - 1125
3. Selangor - 1108
10m Air Rifle Lelaki (Individu)
1. Zul Haziq Bin Rosli (WPKL) - 579 + 98.3
2. Nur Muhammad Izham Bin M. Azwi (Terengganu) - 570 + 98.9
3. Muhammad Furqan Bin Jaslan (Johor) - 566 + 98.1
10m Air Rifle Lelaki (Berpasukan)
1. Terengganu - 1663
2. WPKL - 1661
3. Pulau Pinang - 1652
10m Air Pistol Wanita (Individu)
1. Nur Zunaira Binti Zakaria (Selangor) - 367 + 94.5
2. Judith Sharon Jimmy (Sabah) - 356 + 95.5
3. Najaa Syairah Binti Mahyuddin (Selangor) - 354 + 92.6
10m Air Pistol Wanita (Berpasukan)
1. Selangor - 1074
2. Sabah - 1035
3. Negeri Sembilan - 998
10m Air Pistol Lelaki (Individu)
1. Eddy Chew (Johor) - 556 + 96.3
2. Rishipal Singh Dhanoa (Selangor) - 543 + 95.6
3. Raja Ahmad Firdaus Bin Raja Mohd (Terengganu) - 539 + 96.3
10m Air Pistol Lelaki (Berpasukan)
1. Selangor - 1588
2. Terengganu - 1578
3. Johor - 1573
USPTN Johor bersama Atlet-atlet Pelapis Sukan Menembak Johor
Pihak USPTN Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri terutama kepada jurulatih dan atlet-atlet menembak Negeri Johor dalam menjayakan kejohanan tersebut. Sekian, terima kasih.
Laporan Oleh:
Norasikin Binti Ebrahim
Penolong Pegawai Belia & Sukan
(Sukan Menembak Negeri Johor)
Subscribe to:
Posts (Atom)