Showing posts with label TID. Show all posts
Showing posts with label TID. Show all posts

06 October 2015

JOHOR-PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT DAN KLINIK SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK 2015

SUKAN : GIMNASTIK ARTISTIK

TARIKH : 29 SEPTEMBER - 1 OKTOBER 2015

PEGAWAI : RAHMAH BINTI WAILTAKUN

JURULATIH : MOHD KHAIRULDDIN BIN SELAMAT YAACOB
                    JOZUADI AHMAD BIN DZULKIFLI
                    LECEZAR BOGOMILOV

VANUE : DEWAN GIMNASTIK SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI.

KEHADIRAN


URUSETIA: 2 ORANG

BIL PESERTA : 30 ORANG

Pada 29hb September - 1 Oktober 2015 yang lepas Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama USPTN Johor telah menganjur kan satu Program Mengenalpasti Bakat & Klinik Sukan Gimanstik Artistik Siri 1/2015 yang bertempat di PLN Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar,Kota Tinggi,Johor .Program ini telah dihadiri seramai 30 orang pelajar daripada 6 daerah di negeri Johor iaitu daripada Daerah Johor Bahru,Kulai Jaya, Segamat, Ledang,Kota Tinggi dan Batu Pahat.
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan sukan Gimnastik ini dikalangan Pelajar sekolah dan seterusnya mencari bakat2 baru dan pelapis sukan Gimnastik Artistik ini.Program ini Dijalankan Adalah bagi kemasukan ke sekolah sukan bagi sesi tahun 2016.

Pada hari pertama 29 September 2015 semua pelajar hadir bagi sesi pendaftaran dan juga  pendaftaran penginapan. Kesemua Pelajar dan juga guru pengiring menginap di Komplek Sukan Air Bandar penawar.pada pukul 3.00 petang Kesemua atlet dan juga guru pengiring berkumpul bagi sesi taklimat dan perasmian program oleh Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor iaitu Cik Siti Radziah Binti Abdul Sahar dan seterusnya adalah penerangan kepada guru pengiring sekolah berkenaan tentatif program klinik dan juga Program Mengenalpasti bakat,seterusnya kepada pelajar yang menghadiri program ini.Seterusnya program ini diteruskan dengan klinik sukan Gimnastik daripada jurulatih Jozuadi dan dibantu oleh 2 orang jurulatih.Program tamat pada pukul 6.30 petang.
Pada hari kedua 30 September, Program sesi pagi dimulakan dengan Ujian kecergasan yang dikendalikan oleh ISN Bandar Penawar dan Juga ISN Nusajaya.
pada sesi petang kesemua pelajar menjalankan sesi latihan bersama jurulatih pelapis johor dan juga,atlet pelapis johor. jurulatih juga memberi serba sedikit penerangan kepada pelajar berkenaan ujian spesifik yang akan dijalankan pada hari esok.Sesi latihan dan penerangan tamat pada 6.30 petang.
Pada hari terakhir 01 Oktober 2015, ujian spesifik dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 Petang. Selepas ujian tamat atlet makan tengahari terlebih dahulu sebelum sesi penutup. Sesi penutup dimulakan dengan ucapan daripada SDO Rahmah Binti Wailtakun dan juga Jurulatih, Seterusnya sesi penyampaian cenderahati kepada kesemua guru pengiring.Program tersebut tamat pada pukul 4.00 Petang.

Sekian Terima Kasih,





























Rahmah Binti Wailtakun
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
(Tenis,Gimrama,Gimnastik,Berbasikal)
Tel   : 018- 2929940 / 07-5545972
Fax  : 07-5548706

28 April 2015

JOHOR- LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT fasa 2 SUKAN BERBASIKAL









PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT FASA 2 SUKAN BERBASIKAL TREK 2015


Masa - 8.00 pagi
Tarikh - 25 April 2015
Tempat - Dewan Tertutup  Smk Dato' Amar Diraja Muar
Pegawai - Rahmah Binti Wailtakun
Jurulatih- Muhamad Firdaus Bin Daud , Muhamad Fuad Bin daud


Kehadiran      :-

1. ISN Pusat                     : 2 orang
2. ISN Satelit                    : 5 orang
3. Plajar                            : 65 orang
5. Guru Pengiring             : 5 orang
6. Urusetia                         : 1 orang


Ulasan
1. Seramai 65 orang pelajar hadir ke TID Fasa 2 ( Ujian Kecergasan) ini daripada 100 orang yang telah dikenalpasti di sekolah-sekolah sekitar Pusat Latihan.
2.Program bermula seawal 9.00 pagi selepas sesi pendaftaran pelajar selesai dan pelajar diberikan sarapan pagi sebelum ujian kecergasan dimulakan.
3. Antara ujian yang dijalankan termasuk 10m Sprint, Standing Long Jump, Max Push-up dan lain-lain.
4.Sesi ujian kecergasan tamat tepat pada pukul 1.00 tengahari,kesemua pelajar diberikan makan tengahari dan dibenarkan untuk rehat untuk penukaran baju,sembayang dan sebagainya.
5. Pada pukul 2.30 petang semua pelajar diminta untuk berkumpul semula di dewan untuk sesi bersama jurulatih. Jurulatih memberikan sedikit penerangan berkenaan sukan berbasikal dan membuat sedikit pengenalan atlet berbasikal yang sedia ada. Jurulatih juga memberi peluang kepada pelajar menaiki basikal di atas Roller. Dari situ juga jurulatih dapat menilai kebolehan pelajar dan juga menilai dari segi minat pelajar tersebut.
6. Program tamat tepat pada pukul 4.30 Petang.Sebelum berpisah sesi Bergambar beramai-ramai telah di ambil sebagai kenangan.


Rahmah Binti Wailtakun
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
(Tenis,Gimrama,Gimnastik,Basikal)
Tel   : 018- 2929940 / 07-5545972
Fax  : 07-5548706

13 March 2015

JOHOR - PROGRAM KENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN TERJUN 2015 (UJIAN KECERGASAN)

Tarikh             : 10 Mac 2015
Masa               : 9.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat           : Dewan Besar, Kompleks Belia & Sukan, Larkin


Kehadiran      :-
1. PPN                              : Mohamad Rashidi Bin Daud
2. ISN Pusat                     : 6 orang
3. ISN Satelit                    : 5 orang
4. Murid                            : 41 orang
5. Guru Pengiring             : 3 orang
6. Urusetia                         : 1 orang

Ulasan
1. Seramai 41 orang murid hadir ke TID Fasa 2 ( Ujian Kecergasan) ini daripada 60 orang yang telah dikenalpasti di sekolah-sekolah sekitar Pusat Latihan.
2. Murid hadir dengan iringan guru sekolah dan ada yang hadir bersama ibubapa masing-masing setelah mendapat kebenaran pihak sekolah.
3. Program bermula seawal 9.00 pagi dengan pendaftaran.
4.
Seterusnya program diserahkan kepada Unit TID ISN untuk menjalankan ujian-ujian dengan bantuan semua pihak termasuk guru pengiring untuk membantu dalam berkomunikasi bahasa mandarin kepada murid-murid sekolah cina.
5. Antara ujian yang dijalankan termasuk 10m Sprint, Standing Long Jump, Max Push-up dan lain-lain.
6. Program tamat pada jam 11.200 pagi dan murid diberikan makan tengah hari sebelum pulang.
7. Ibubapa dan guru dimaklumkan akan tarikh latihan pertama murid di Kompleks Renang MBJB Larkin, iaitu pada 14 Mac 2015 (Sabtu) jam 9.00 pagi. Bersurai.


Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


08 March 2015

JOHOR-LAPORAN PROGRAM KENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN TERJUN 2015

PROGRAM KENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN TERJUN 2015

Tarikh            : 2 & 3 Mac 2015
Masa               : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat           : Kawasan sekolah masing-masing

Sekolah           : -
1. SK Larkin 1
2. SK Larkin 2
3. SJK(C) Foon Yew 3
4. SK Temenggong Abdul Rahman 2
5. SK Angkatan Tentera
6. SJK(C) Foon Yew 4

Kehadiran
      :-
1. Jurulatih Luar Negara  : Yao Fu Ling
2. PPN                              : Mohamad Rashidi Bin Daud
3. Urusetia                        : 1 orang
4. Guru                             : 6 orang
5. Murid terpilih               : 60 orang


Ulasan
1.  Pihak kami bertolak ke sekolah-sekolah yang telah mendapat makluman akan Program Kenalpasti Bakat (TID) sukan terjun ini seawal jam 9 pagi.
2.  Pihak sekolah memberikan kerjasama yang baik dalam mengumpulkan pelajar pra-sekolah, tahun 1 dan tahun 2 di dewan terbuka untuk proses pemilihan.
3.  Proses pemilihan mengambil masa yang sangat singkat lalu pegawai menghubungi pihak sekolah pada hari seterusnya untuk memberi keizinan membuat program TID ini awal daripada surat makluman JPN.
4.  Perancangan program selama 3 hari ini telah berjaya diselesaikan dalam masa 2 hari sahaja.
5.  Jurulatih menerangkan cara pemilihan yang dikendalikan berdasarkan fokus murid, postur badan dan kaki.
6.  Cikgu sekolah diberi makluman akan Program Pengenalan & Klinik Asas Sukan Terjun pada 7hb Mac 2015 dan Ujian Kecergasan bersama ISN pada 10hb Mac 2015.
7.  Program berjalan dengan lancar dan seramai 60 orang telah dipilih daripada sekolah-sekolah yang terlibat.



Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


13 February 2015

JOHOR - PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN PELAYARAN 2015

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN PELAYARAN 2015

Tarikh            : 10 Februari 2015

Masa             : 11.00 Pagi

Tempat          : SMK SUNGAI TIRAM, ULU TIRAM

Kehadiran      :-
1. Persatuan              : En. Norzaidi bin Ahmad Fuad
2. PPN                       : En. Firman bin Mohd Zambri
3. ISN Satelit              : 6 orang
3. Guru                       : 2 orang
4. Pelajar Sekolah      : 51 orang ( 29 Lelaki, 22 Perempuan)

Ulasan
1.  Atlet daftar pada jam 11.00 pagi, dan taklimat program disampaikan oleh PPN En. Firman Bin Mohd Zambri. 

2. ISN mengambil alih untuk ujian kecergasan yang diketuai oleh Institut Sukan Negara Bukit Jalil dan dibantu oleh Insitut Sukan Negara Cawangan Nusajaya. 

3. Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada pihak sekolah terutamanya pengetua sekolah menyokong program yang dianjurkan. 

4. Atlet yang terpilih akan dimaklumkan secara rasmi kepada pihak sekolah dan terus kepada ibubapa setelah semua maklumat diteliti.