08 March 2015

JOHOR-LAPORAN PROGRAM KENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN TERJUN 2015

PROGRAM KENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN TERJUN 2015

Tarikh            : 2 & 3 Mac 2015
Masa               : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat           : Kawasan sekolah masing-masing

Sekolah           : -
1. SK Larkin 1
2. SK Larkin 2
3. SJK(C) Foon Yew 3
4. SK Temenggong Abdul Rahman 2
5. SK Angkatan Tentera
6. SJK(C) Foon Yew 4

Kehadiran
      :-
1. Jurulatih Luar Negara  : Yao Fu Ling
2. PPN                              : Mohamad Rashidi Bin Daud
3. Urusetia                        : 1 orang
4. Guru                             : 6 orang
5. Murid terpilih               : 60 orang


Ulasan
1.  Pihak kami bertolak ke sekolah-sekolah yang telah mendapat makluman akan Program Kenalpasti Bakat (TID) sukan terjun ini seawal jam 9 pagi.
2.  Pihak sekolah memberikan kerjasama yang baik dalam mengumpulkan pelajar pra-sekolah, tahun 1 dan tahun 2 di dewan terbuka untuk proses pemilihan.
3.  Proses pemilihan mengambil masa yang sangat singkat lalu pegawai menghubungi pihak sekolah pada hari seterusnya untuk memberi keizinan membuat program TID ini awal daripada surat makluman JPN.
4.  Perancangan program selama 3 hari ini telah berjaya diselesaikan dalam masa 2 hari sahaja.
5.  Jurulatih menerangkan cara pemilihan yang dikendalikan berdasarkan fokus murid, postur badan dan kaki.
6.  Cikgu sekolah diberi makluman akan Program Pengenalan & Klinik Asas Sukan Terjun pada 7hb Mac 2015 dan Ujian Kecergasan bersama ISN pada 10hb Mac 2015.
7.  Program berjalan dengan lancar dan seramai 60 orang telah dipilih daripada sekolah-sekolah yang terlibat.



Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


No comments:

Post a Comment