02 March 2015

LAPORAN PENGANJURAN PROGRAM BINAAN PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN - MEMANAH

LAPORAN PENGANJURAN PROGRAM BINAAN PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN MEMAN BIL 2 / 2015

Nama Program : Program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Memanah Bil 2/ 2015

Tempat : SMK Paduka Tuan Segamat Johor

Masa : 8.30 pagi

Anjuran : Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama SMK Paduka Tuan Segamat Johor

Pelajar : 50 orang pelajar
Jurulatih : 2 orang
Guru : 4 orang
Pegawai USPTN : 1 orang
Urusetia : 3 orang
Atlet Demo : 4 orang

Pada 25 hb Februari yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan Segamat telah mengadakan Progran Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Memanah Bil 2/ 2015 kepada pelajar- pelajar tingkatan 1 dan 2 melibatkan sekolah - sekolah Menengah sepertimana berikut :

1. SMK Paduka Tuan - 20 orang pelajar
2. SMK Agama Segamat - 10 orang
3. SMK Dato' Bentara Dalam Segamat - 10 orang
4. SMK Gemereh Segamat - 10 orang

Tujuan utama program ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bakat - bakat baru untuk digilap ke program Pelapis Negeri Johor. Selain itu juga program ini bertujuan untuk memilih atlet yang berpotensi untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Atlet -atlet yang terpilih akan dilatih untuk menyertai kejohanan Memanah Antara Zon yang akan didakan pada bulan Mac 2015.

Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta. Peserta - peserta berkumpul di Kantin SMK Paduka Tuan Segamat Johor

Selesai sahaja pendaftran, peserta- peserta diberi taklimat Program oleh pegawai pembangunan Negeri USPTN Johor.

Program diteruskan selapas itu dengan program pengenalan oleh jurulatih Sambilan Encik Azlan Bin Aris.

Jurulatih memula program TiD dengan pengenalan sukan Memanah dan di akhiri dengan ujian praktikal kepada peserta- peserta yang terlibat.

Melalui Ujian yang telah dijalankan jurulatih telah mengenalpasti seramai 10 orang pelajar yang berbakat untuk di ketengahkan.

Secara keseluruhan, program telah berjalan dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang menggalakan dari pihak sekolah dan pelajar. Pelajar- pelajar yang terpilih akan diserapkan ke kelab memanah SMK Paduka Tuan Segamat dan disenarai pendek ke Program Pelapis Negeri Johor.

Ucapan jutaan terima kasih kepada GPK Koko dan Pengetuan Sekolah SMK Paduka Tuan Segamat Johor dalam menjayakan program tersebut. diucapkan juga kepada pegawai - pegawai USPTN Johor dan urusetia program.

Sekian

# LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR

Gambar - gambar pada hari Program

No comments:

Post a Comment