21 March 2015

Johor - Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan Tinju - Kej. Interzon Selatan 2/2015

SUKAN : Tinju

TARIKH : 20hb Mac 2015

NAMA : Edzamry Bin Ambia

MASA : 8.00 Malam

TEMPAT : Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Negeri Sembilan

Pada 20hb Mac 2015,USPTN Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor telah menghadiri Mesyuarat pengurus pasukan bagi Kejohanan Interzon Selatan Siri 1/2015 bagi sukan Tinju yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Paroi,Negeri Sembilan.

Kejohanan ini disertai oleh 3 buah negeri yang berada di zon selatan,iaitu N.Sembilan,Melaka & Johor.

Mesyuarat Penguruskan pasukan ini juga telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Tinju Amatur Malaysia En.Muhammad Jani Ismail.Diantara perkara yang dibincangkan adalah pergerakan program ini serta perkara yang berbangkit mengenai kejohanan ini & mengesahkan pendaftaran atlet ke kejohanan ini.

Kontigen Pelapis Negeri Johor telah menghantar 3 orang jurulatih dan 17 orang atlet menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada 3 PLN Tinju Negeri Johor iaitu PLN Segamat dan PLN J.Bahru & PLN Kluang.

Kami dipihak pengurusan mengucapkan syabas dan selamat berjaya di kejohanan ini.

Sekian,Terima Kasih.

LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR




No comments:

Post a Comment