02 March 2015

JOHOR - PROGRAM PENGENALAN & KLINIK SUKAN ANGKAT BERAT - 25hb Februari 2015

Tarikh : 25hb Februari 2015
Masa: 8.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat: SMK LKTP Felda Pemanis ,Segamat Johor.
PPN : En. Edzamry Bin Ambia
JSM : En. Zamzuri Bin Dollah
Urusetia : 2 Orang
Peserta : 50 orang pelajar

Pada 25hb Feb 2015 yang lepas Majlis Sukan Negeri Johor melalui USPTN Johor dan kerjasama dari FELDA Wilayah Segamat telah menganjur kan satu Program Pengenalan & Klinik Sukan Angkat Berat Siri 1/2015 yang bertempat di SMK Pemanis,Segamat,Johor.

Program ini telah dihadiri seramai 50 orang pelajar daripada 3 sekolah berdekatan PLN Angkat Berat PPS Segamat,iaitu SK Pemanis 1,SK Pemanis 2 dan SMK Pemanis,Segamat,Johor. 

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan sukan Angkat Berat ini dikalangan Pelajar sekolah FELDA Pemanis dan seterusnya mencari bakat2 baru dan pelapis sukan angkat berat ini.

Program ini bermula dengan kata-kata aluan dan penerangan kepada Pengetua SMK Pemanis ,Pegawai2 dari FELDA wilayah Segamat,Guru-guru seterusnya kepada pelajar yang menghadiri program ini.

Seterusnya program ini diteruskan dengan taklumat sukan angkat berat daripada JSM PPS En. Zamzuri Dolah.Berikut adalah beberapa rintitan gambar peristiwa semasa Program ini berlangsung,

Sekian Terima Kasih,

LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR












 



No comments:

Post a Comment