21 March 2015

Johor - Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan Angkat Berat - Kej. Interzon Selatan 1/2015 - 20hb Mac 2015

SUKAN : Angkat Berat

TARIKH : 20hb Mac 2015

NAMA : Edzamry Bin Ambia

MASA : 5.00 Petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat Majlis sukan Negeri Sembilan

JURULATIH : Norshaida Bt Abd Halim & Zamzuri b Dollah

Pada 20hb Mac 2015,USPTN Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor telah menghadiri Mesyuarat pengurus pasukan bagi Kejohanan Interzon Selatan Siri 1/2015 bagi sukan Angkat Berat yang berlangsung di Kompleks Sukan Paroi,Negeri Sembilan.

Kejohanan ini disertai oleh 3 buah negeri yang berada di zon selatan,iaitu N.Sembilan,Melaka & Johor.

Mesyuarat Penguruskan pasukan ini dilakukan bagi membincangkan pergerakan program ini perkara yang berbangkit mengenai kejohanan ini serta mengesahkan pendaftaran atlet ke kejohanan ini.

Kontigen Pelapis Negeri Johor telah menghantar 2Jurulatih dan 8 orang atlet menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada 2 PLN A.Berat Negeri Johor iaitu PLN PPS Segamat dan PLN Perling,J.Bahru.

Kami dipihak pengurusan mengucapkan syabas dan selamat berjaya di kejohanan ini.

Sekian,Terima Kasih.

LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR




No comments:

Post a Comment