Showing posts with label SUKAN TERJUN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN TERJUN. Show all posts

06 October 2015

JOHOR - TERJUN: PEMANTAUAN Bil.1 OKTOBER 2015

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : TERJUN
                  
TARIKH : 5 OKTOBER 2015

NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD

MASA : 3.30 PM

TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB LARKIN

JURULATIH
JLN: YAO FU LIN

KEHADIRAN
BIL ATLET : ATLET LELAKI 1 ATLET PEREMPUAN 4

LATIHAN
1) 1 meter
2) 3 meter

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
- Atlet kurang sihat akibat jerebu tetapi masih datang latihan. Untuk atlet yang kurang sihat, intensiti latihan dikurangkan dan mereka hanya melakukan beberapa latihan berbentuk 'core'.

PERALATAN
Hak Milik MBJB.

PROGRAM PEMBINAAN
Tiada

ULASAN
1. JLN Yao Fu Lin telah dibawa ke Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSTMI) bagi melihat fasiliti dan kelengkapan di sana.

2. Kami di USPTN Johor merancang untuk menempatkan JLN Yao Fu Lin di SSTMI sebelum mula persekolahan tahun 2016. Pihak Pengetua SSTMI juga telah bersetuju akan kemasukan 4 atlet terjun ke sana dan memberikan kemudahan yang sama seperti atlet sukan lain.

3. JLN Yao Fu Lin telahpun bersetuju akan perancangan ini dan memohon untuk membantu cari penempatan. Beliau juga ingin meneruskan latihan untuk atlet TID 2015 di Larkin pada hujung minggu. Tambahan, beberapa peralatan yang lama / tiada perlu ditambah seperti: Springboard, Harvest & High-Performance Trampoline.

4. Seterusnya, kami ingin melantik JSM Aizat Husaini bin Sapieh sebagai JPM yang dipinjam daripada jabatan MARA Pontian bagi melatih sepenuh masa atlet baru. Ini kerana kemasukan ke SSTMI bermula pada umur 11 tahun, atlet yang berumur 11 tahun ke bawah akan dilatih oleh Aizat dan kemudian diserapkan ke SSTMI bagi pembekalan atlet terjun yang berterusan.

5. Semoga perkara ini mendapat makluman dan tindakan pihak Bahagian Atlet bagi membantu kami menyediakan satu sistem pembekalan atlet yang berterusan dan fasiliti latihan yang lebih lengkap.


Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


21 April 2015

LAPORAN KEJOHANAN 51st MILO / PRAM MALAYSIA NATIONAL AGE GROUP AQUATIC CHAMPIONSHIP 2015 DIVING

Tarikh : 16 hingga 19 April 2015
Tempat Kejohanan : Pusat Akuatik Paroi, Negeri Sembilan
Tempat Penginapan : Spanish Villa
Atlet : 4 orang ( 2 Lelaki & 2 perempuan )
Jurulatih : Yao Fu Ling (JLN)

BUTIRAN

16 April 2015
2.30 pm : Ketibaan kontijen Terjun Johor ke Pusat Akuatik Paroi untuk latihan
3.00 pm : Managers meeting - pengesahan acara dan kategori atlet

17 April 2015
1) 3m Springboard (Group B - Boys & Girls)
2) Platform (Group C - Boys & Girls)
3) 1m Springboard (Group A - Boys & Girls)

18 April 2015
1) 3m Springboard (Group A - Boys)
2) 1m Springboard (Group B - Boys & Girls)
3) 3m Springboard (Group C - Boys & Girls) (Johor participation)

19 April 2015
1) 1m Springboard (Group C - Boys) (Johor participation)
2) Platform (Group B - Boys and Girls)

ULASAN

Secara keseluruhan, Coach Yao Fu Ling berpuas hati dengan pencapaian atlet Johor yang semakin meningkat. Ini merupakan NAG pertama bagi mereka dan tambahan 2 terjunan baru serta kategori C yang peringkat umur bawah 13 tahun; di mana berbeza dengan kejohanan interzone kategori C bawah 12 tahun.

Secara peribadi, atlet Johor perlu lebih cepat menunjukkan peningkatan dalam prestasi di mana mereka perlu mengejar negeri-negeri lain yang lebih konsisten dalam latihan dan fasiliti yang lebih baik.

Maklum balas daripada atlet pula, mereka sendiri berpuas hati kerana mendapat "judge score" yang lebih tinggi tambahan dengan kejohanan peringkat antarabangsa ini. Mereka akan terus fokus dalam menjalani latihan agar dapat memberi peningkatan dari masa ke semasa.


Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


14 April 2015

JOHOR - LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TERJUN BIL.1 APRIL 2015

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : TERJUN
TARIKH : 7 APRIL 2015
NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD
MASA : 6.30  PTG
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB, LARKIN

KEHADIRAN
1. YAO FU LING - JLN
2. ATLET : ATLET LELAKI 8, ATLET PEREMPUAN 4

LATIHAN
bawah 12 : 
1. Boys new dive 401 & 402 (1 meter) & 403 (3 meter)
2. Girls new dive 201 (1 meter)

bawah 10 : 
1. Basic & flexibility excercise

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Hak milik MBJB

PROGRAM PEMBINAAN
Tiada

ULASAN
1. Terdapat ibubapa yang menyatakan kebimbangan anak-anak mereka dalam pengurusan masa belajar dan bersukan bagi atlet bakat baru TID yang telah memulakan latihan setiap hari.

2. Coach Yao berpuas hati akan prestasi kedua-dua kumpulan atlet bakat baru TID yang semakin baik serta kumpulan atlet lama yang semakin baik dalam mempelajari New Dive bagi kejohanan NAG di Paroi nanti.



Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


25 March 2015

JOHOR - LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TERJUN BIL.4 MAC 2015

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : TERJUN
TARIKH : 24 MAC 2015
NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD
MASA : 8.00  MLM
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB, LARKIN

KEHADIRAN
1. YAO FU LING - JLN
2. AIZAT SAPIEH - JSM
3. ATLET : ATLET LELAKI 13, ATLET PEREMPUAN 15

LATIHAN
bawah 12 : 3m springboard
bawah 10 : senaman asas tangan dan kaki
                 teknik "bubbling"

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
- Terdapat kecederaan pada atlet TID semasa melakukan "bubbling" dan dibawa ke kilinik untuk rawatan susulan

PERALATAN
Hak milik MBJB

PROGRAM PEMBINAAN
Tiada

ULASAN
1. Atlet bawah 12 membuat latihan seperti biasa dan lebih kepada latihan fizikal untuk "energy" sebelum belajar terjunan baru (new dive).

2. Bagi atlet TID yang baru, mereka telah dikategorikan kepada 2 kumpulan selepas membuat beberapa latihan bersama JSM Aizat. JLN Yao Fu Ling telah memilih beberapa atlet yang berpotensi untuk menyertai kumpulan 1: yang akan membuat latihan setiap hari kecuali hari Ahad.

3. Bagi Kumpulan 2, atlet akan membuat latihan 3 hari smeinggu bersama JSM Aizat di mana sehari daripadanya akan bersama dengan JLN Yao Fu Ling untuk melihat perkembangan/peningkatan atlet.

4. Ibubapa turut memberikan komitmen yang baik dan group "WhatsApp" akan diwujudkan bagi menjelaskan dengan teliti akan jadual dan tempat latihan. Modul baru JSM Aizat yang melibatkan penyertaan ibubapa bersama-sama bagi tujuan "FUNdamental Diving Program" turut mendapat sambutan positif.


Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


13 March 2015

JOHOR - PROGRAM KENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN TERJUN 2015 (UJIAN KECERGASAN)

Tarikh             : 10 Mac 2015
Masa               : 9.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat           : Dewan Besar, Kompleks Belia & Sukan, Larkin


Kehadiran      :-
1. PPN                              : Mohamad Rashidi Bin Daud
2. ISN Pusat                     : 6 orang
3. ISN Satelit                    : 5 orang
4. Murid                            : 41 orang
5. Guru Pengiring             : 3 orang
6. Urusetia                         : 1 orang

Ulasan
1. Seramai 41 orang murid hadir ke TID Fasa 2 ( Ujian Kecergasan) ini daripada 60 orang yang telah dikenalpasti di sekolah-sekolah sekitar Pusat Latihan.
2. Murid hadir dengan iringan guru sekolah dan ada yang hadir bersama ibubapa masing-masing setelah mendapat kebenaran pihak sekolah.
3. Program bermula seawal 9.00 pagi dengan pendaftaran.
4.
Seterusnya program diserahkan kepada Unit TID ISN untuk menjalankan ujian-ujian dengan bantuan semua pihak termasuk guru pengiring untuk membantu dalam berkomunikasi bahasa mandarin kepada murid-murid sekolah cina.
5. Antara ujian yang dijalankan termasuk 10m Sprint, Standing Long Jump, Max Push-up dan lain-lain.
6. Program tamat pada jam 11.200 pagi dan murid diberikan makan tengah hari sebelum pulang.
7. Ibubapa dan guru dimaklumkan akan tarikh latihan pertama murid di Kompleks Renang MBJB Larkin, iaitu pada 14 Mac 2015 (Sabtu) jam 9.00 pagi. Bersurai.


Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


08 March 2015

JOHOR-LAPORAN PROGRAM KENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN TERJUN 2015

PROGRAM KENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN TERJUN 2015

Tarikh            : 2 & 3 Mac 2015
Masa               : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat           : Kawasan sekolah masing-masing

Sekolah           : -
1. SK Larkin 1
2. SK Larkin 2
3. SJK(C) Foon Yew 3
4. SK Temenggong Abdul Rahman 2
5. SK Angkatan Tentera
6. SJK(C) Foon Yew 4

Kehadiran
      :-
1. Jurulatih Luar Negara  : Yao Fu Ling
2. PPN                              : Mohamad Rashidi Bin Daud
3. Urusetia                        : 1 orang
4. Guru                             : 6 orang
5. Murid terpilih               : 60 orang


Ulasan
1.  Pihak kami bertolak ke sekolah-sekolah yang telah mendapat makluman akan Program Kenalpasti Bakat (TID) sukan terjun ini seawal jam 9 pagi.
2.  Pihak sekolah memberikan kerjasama yang baik dalam mengumpulkan pelajar pra-sekolah, tahun 1 dan tahun 2 di dewan terbuka untuk proses pemilihan.
3.  Proses pemilihan mengambil masa yang sangat singkat lalu pegawai menghubungi pihak sekolah pada hari seterusnya untuk memberi keizinan membuat program TID ini awal daripada surat makluman JPN.
4.  Perancangan program selama 3 hari ini telah berjaya diselesaikan dalam masa 2 hari sahaja.
5.  Jurulatih menerangkan cara pemilihan yang dikendalikan berdasarkan fokus murid, postur badan dan kaki.
6.  Cikgu sekolah diberi makluman akan Program Pengenalan & Klinik Asas Sukan Terjun pada 7hb Mac 2015 dan Ujian Kecergasan bersama ISN pada 10hb Mac 2015.
7.  Program berjalan dengan lancar dan seramai 60 orang telah dipilih daripada sekolah-sekolah yang terlibat.



Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


04 March 2015

JOHOR-LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN TERJUN BIL.1 MAC 2015

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : TERJUN
TARIKH : 2 MAC 2015
NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD
MASA : 7.30  PTG
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB, LARKIN

KEHADIRAN
JLN : YAO FU LING
BIL ATLET : ATLET LELAKI 2, ATLET PEREMPUAN 1

LATIHAN
1m & 3m Springboard
5m platform
403 & 105 dive

PERTANDINGAN
MSSM

KECEDERAAN
Tidak serius

PERALATAN
Hak milik MBJB

PROGRAM PEMBINAAN
Persediaan untuk Program TID & Klinik Terjun.

ULASAN
1. Short-brief dengan JLN akan perjalanan TID pada esok hari dan perancangan program Kinik Asas Pengenalan Sukan Terjun pada 7 Mac 2015 nanti.
2. Permukaan Springboard semakin licin dan terdapat atlet yang tergelincir semasa take-off. Perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak MSNJ untuk bantuan.
3. JLN Yao Fu Ling fokus kepada latihan dan terjunan untuk MSSM di Shah Alam nanti. JLN meminta penginapan atlet dan jurulatih di tempat yang sama untuk memudahkan pergerakan latihan.


Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706

10 February 2015

JOHOR-LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN TERJUN BIL 3/ FEB 2015

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN : TERJUN                                          

TARIKH : 10 FEBRUARI 2015
NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD 
MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB, LARKIN JOHOR

KEHADIRAN
JLN : YAO FU LING 
BIL ATLET : ATLET LELAKI 2   ATLET WANITA 2

LATIHAN
Springboard 1m

PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
- Milik MBJB

PROGRAM PEMBINAAN
-Tiada

ULASAN
1 - Makluman latihan dan cuti sempena CNY kerana kolam juga akan tutup selama 4 hari. Ibubapa juga sudah dimaklumkan akan perkara ini.
2 - JLN Yao Fu Ling meminta latihan tindik selepas MSSM (jika tidak bertindih dengan kem) dan pada bulan Jun semasa cuti sekolah, di Cheras. Beliau sudah memaklumkan perkara ini kepada jurulatih di sana dan mereka sentiasa terima kedatangan atlet Johor.
3 -JLN diterangkan semula akan perlantikan JSM baru yang akan membantunya dalam didikan asas terjun hasil daripada TID nanti, manakala beliau bole fokus kepada atlet sedia ada sambil memilih atlet baru yang mempunyai potensi.
4 - Beberapa "new dive" telahpun diajar kepada atlet-atlet Johor dan kehadiran yang konsisten perlu untuk memantapkan terjunan atlet. Kerjasama ibubapa amat diperlukan dalam hal ini.
5. Ibubapa meminta pegawai mendapatkan bantuan pemakaian (swimming suit & trunks) untuk atlet yang berlatih hampir setiap hari dimana penggunaan yang agak lasak membuatkan pakaian cepat rosak. 


--
Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


09 February 2015

JOHOR- LAPORAN PEMANTAUAN TERJUN BIL 2 / FEB 2015

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN : TERJUN                                         
TARIKH : 5 FEBRUARI 2015
NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD
MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB, LARKIN JOHOR

KEHADIRAN
JLN : YAO FU LING
BIL ATLET : ATLET LELAKI 2   ATLET WANITA 1

LATIHAN
Ujian Kecergasan

PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
- Milik MBJB

PROGRAM PEMBINAAN
-Tiada

ULASAN
1 - Kehadiran atlet yang kurang konsisten kerana kuantiti atlet yang tidak ramai. Perancangan program TID akan dijalankan bagi meningkatkan kuantiti serta kualiti prestasi atlet.
2 - Makluman kepada JLN akan perlantikan JSM baru yang akan membantu latihan terutama atlet yang akan diambil dari TID nanti.
3 - JLN Yao Fu Ling menyatakan prestasi atlet meningkat sedikit demi sedikit.
4 - Pandangan peribadi, disiplin atlet terhadap coach semakin baik dan atlet semakin mudah memahami bahasa mandarin yang digunakan oleh jurulatih mereka.

JOHOR- LAPORAN PEMANTAUAN TERJUN BIL 1 / FEB 2015

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN : TERJUN                                         
TARIKH :  4 FEBRUARI 2015
NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD
MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB, LARKIN JOHOR

KEHADIRAN
JLN : YAO FU LING
BIL ATLET : ATLET LELAKI 3   ATLET WANITA 1

LATIHAN
Ujian Kecergasan

PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
- Milik MBJB

PROGRAM PEMBINAAN
-Tiada

ULASAN
1 - Bincang dengan JLN Yao Fu Ling akan persediaan ke MSSM pada bulan Mac nanti serta latihan atlet.
2 - Makluman cuti Tahun Baru Cina serta latihan selepas cuti tersebut
3 - JLN meminta TID dibuat selepas CNY iaitu pada awal bulan Mac dan makluman akan beberapa sekolah terdekat yang sudah dipilih untuk TID nanti.

29 January 2015

JOHOR-LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TERJUN BIL 2 JAN 2015

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN : TERJUN                                         
TARIKH : 26 JANUARI 2015
NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB, LARKIN JOHOR

KEHADIRAN
JLN : YAO FU LING
BIL ATLET : ATLET LELAKI 3   ATLET WANITA 1

LATIHAN
Ujian Kecergasan

PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
- Milik MBJB

PROGRAM PEMBINAAN
-Tiada

ULASAN
1 - Berbincang dengan JLN akan meneruskan perancangan Program TID sukan Terjun di sekolah-sekolah berhampiran yang dirancang asala oleh PPN Rahmah.
2 - Jadual latihan baru oleh JLN ini masih diadaptasi oleh ibubapa atlet yang tidak dapat memberi komitmen menghantar anak mereka pada waktu petang. (Latihan 5.30 ptg - 9.30 mlm)
3 - Pembukaan lampu pada waktu malam berjalan dengan lancar. Akan tetapi, kadang-kala lampu mengambil masa lebih sejam untuk menyala.

09 November 2014

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014


HARI PERTAMA
3 NOV 2014 (ISNIN)
Atlet Johor bertolak dari Terminal Bas Larkin ke Terminal One Seremban pada jam 8.40 pagi dan tiba pada jam 12.30 tgh hari. Sesi pendaftaran dan makan pagi setelah tiba di Spanish Villa.

Taklimat program dijalankan pada jam 3.00 petang oleh Cik Nency. Sesi Pengenalan dijalankan oleh En.Latif, PPN Selangor dan dibantu oleh En. Syafiq, PPN Negeri Sembilan.

Atlet makan malam pada jam 7.00 petang dan sesi Ice Breaking pada jam 8.00 malam oleh Fasilitator jemputan dari UiTM. Program tamat pada jam 10.00 malam dan Cik Nency memberi penerangan tentang program hari esok.

HARI KEDUA
4 NOV 2014 (SELASA)
Sarapan pagi pada jam 7.00 dan Program Ujian Kecergasan Spesifik pada jam 8.00 pagi yang dikendalikan oleh pihak Institusi Sukan Negara (ISN). Atlet bergerak dengan menaiki bas untuk ke Central Court, Paroi. Program tamat pada jam 11.00 pagi dan atlet pulang ke Spanish Villa untuk makan tengah hari dan rehat.

Program latihan diteruskan pada jam 3.00 petang di Pusat Akuatik, Paroi. Untuk sesi latihan, setiap negeri dilatih oleh Jurulatih Pelapis Negeri masing-masing sambil dipantau oleh Jurulatih Kebangsaan En.Kenny. Atlet Johor dibantu oleh Coach Amin dari Negeri Sembilan dan Coach Sham dari Selangor. Sesi latihan tamat padajam 6.30 petang. Atlet pulang ke Spanish Villa dan terus makan malam.

Program Motivasi pada jam 8.00 malam dikendalikan oleh pensyarah psikologi dari UiTM, Dr.Mazlan. Prog tamat pada jam 10.00 malam.

HARI KETIGA
5 NOV 2014 (RABU)
Sarapan pada jam 7.00 pagi dan atlet terus ke Pusat Akuatik, Paroi untuk latihan terjun sehingga jam 11.30 pagi. Atlet kemudian pulang ke Spanish Villa untuk makan tengah hari dan rehat.

Atlet sambung latihan pada jam 2.30 petang di Pusat Akuatik, Paroi sehingga jam 6.30 petang. Kemudian mereka pulang ke Spanish Villa untuk bersiap sedia dan makan malam

Program bersama ikon iaitu bekas Atlet Terjun Malaysia, saudara Bryan Nickson. Beliau berkongsikan pengalamannya dalam sukan terjun ke peringkat antarabangsa kepada atlet-atlet muda ini. Kita juga sempat memuatkan slot ringkas daripada Atlet Terjun Malaysia, saudara Ahmad Amsyar. Program tamat pada jam 10.00 malam.

HARI KEEMPAT
6 NOV 2014 (KHAMIS)
Sarapan pada jam 7.00 pagi dan atlet terus ke Pusat Akuatik, Paroi untuk latihan terjun sehingga jam 11.30 pagi. Atlet kemudian pulang ke Spanish Villa untuk makan tengah hari dan rehat.

Mini Competition bermula pada jam 4.00 petang selepas atlet warm-up selama satu jam. Untuk acara 1m papan anjal, juri pertandingan adalah En. Lutfi - PPN Selangor, Coach Kenny – Jurulatih Kebangsaan dan Kak Intan PPN Sabah. Acara tertunda selama 10 minit akibat hujan lebat. Bagi acara 3m papan anjal, juri adalah Ahmad Amsyar – Atlet Terjun Malaysia, Coach Kenny – Jurulatih Kebangsaan dan Pandalela Rinong – Atlet Terjun Malaysia. Pertandingan tamat pada jam 6.30 petang.

Atlet berkumpul pada jam 7.30 malam untuk makan malam dan majlis penyampaian hadiah. Program turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefry Ngadirin; En. Megat Ketua Unit Pelpapis Serantau; En. Rizal Ketua Unit USPTN Negeri Sembilan; serta atlet kebangsaan Pandalela Rinong dan Ahmad Amsyar. Berikut merupakan butiran pemenang bagi Mini Competition:

Lelaki – 1m papan anjal
1. Bertrand Rhodict – Sarawak
2. Awang Mohd Sharszan fyirman – Sarawak
3. Meor Shazwan – Perak

Lelaki – 3m papan anjal
1. Bertrand Rhodict – Sarawak
2. Awang Mohd Sharszan fyirman – Sarawak
3. Tan Cyzn Yien – Selangor

Perempuan – 1m papan anjal
1. Eilisha Rania – Sarawak
1. Ong Jia Le – KL
2. Nur Alia Jasmina – Selangor

Perempuan – 3m papan anjal
1. Ong Jia Le – KL
2. Eilisha Rania – Sarawak
3. Nurul Najihah – Sabah

HARI KELIMA
7 NOV 2014 (JUMAAT)
Sarapan disediakan seawal jam 7.00 pagi dan aktiviti hari ini lebih kepada santai dan recover selepas Mini Competition semalam. Sesi penggulungan diadakan pada jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh semua atlet, PPN, Jurulatih dan ibu bapa yang hadir. Majlis tamat dan bersurai pada jam 10.00 pagi selepas sesi bergmbar. Makanan tengah hari disediakan pada jam 11.30 pagi dan atlet pulang mengikut persediaan pegawai masing-masing.