25 April 2012

Tahniah! Zanariah Binti Ismail


USPTN Johor bersama MSN Johormengucapkan Tahniah kepada adik Zanariah Binti Ismail kerana telah berjaya ditawarkan ke dalam pasukan Berbasikal Elit PKBM Malaysia. Ini merupakan kejayaan yang membanggakan bagi USPTN Johor. Tahniah diucapkan kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada atlet-atlet kita.Tahniah kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang.Syabas!

Profile Atlet:

Nama: Zanariah Binti Ismail
Pencapaian: Program Berbasikal Elit PKBM
PLN: Muar, Johor.
Acara: Berbasikal Trek/Road
Jurulatih: Muhammad Fuad Bin Daud
Jurulatih: Muhammad Firdaus Bin Daud





24 April 2012

Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 2012 Zon B Peringkat Kedua

Pada 17-21 April 2012 yang lepas Pasukan badminton negeri Johor telah menyertai Kejohanan badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 2012 Zon B Di kuala Terengganu. Pasukan Johor pada Kali ini membawa pulang 1 EMAS Dan 5 Perak. Bersama- sama ini dilampirkan Senarai Nama pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan

12 April 2012

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN 1/2012


SUKAN: BERBASIKAL
TEMPAT: VELEDROM RAKYAT, IPOH, PERAK
TARIKH: 4HB APRIL - 8HB APRIL 2012
JURULATIH: MUHD FUAD BIN DAUD
JURULATIH: MUHD FIRDAUS BIN DAUD

PADA 4HB APRIL HINGGA 8HB APRIL 2012 USPTN JOHOR TELAH
MENYERTAI SATU KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA PELAPIS SIRKIT 1/2012 YANG BERLANSUNG DI VELEDROM RAKYAT IPOH PERAK. KESELURUHAN PLN BERBASIKAL JOHOR BERJAYA MENGUMPUL 3 PINGAT EMAS, 2 PINGAT PERAK & 1 PINGAT GANGSA.TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA JURULATIH & ATLET YANG MENUNJUKAN SEMANGAT YANG TINGGI.

EMAS - ACARA SPRINT WB15 - SITI ZULAIKA BT HAMADA
EMAS - ACARA ELIMINATION RACE WB15 - SITI ZULAIKA BT HAMADA
EMAS - SCRATCH RACE WB15 - SITI ZULAIKA BT HAMADA
PERAK - 5KM POINT RACE - MUHAMMAD FARUQ BIN DAUD
PERAK - 500M TIME TRIAL - SITI ZULAIKA BT HAMADA
GANGSA - 10KM POINT RACE - ZANARIAH BT ISMAIL




Pengenalan Sukan Tinju Di SMK Saint Joseph Johor Bahru

Tarikh : 12 April 2012
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan SMK Saint Joseph Johor Bahru

Satu program pengenalan Sukan Tinju telah diadakan di SMK Saint Joseph Johor Bahru bagi tujuan mencari Bakat Bakat untuk diketengahkan Dan diserapkan ke program pelapis negeri Johor 2012. Program yang dijalankan selama 40 minit ini melibatkan pelajar sekolah yang Berumur 15 tahun ke bawah. Program yang mendapat sokongan daripada pihak pengetua ini dijangka akan berterusan pada masa akan datang. Program dijayakan oleh 2 org JSM Dan 3 orang atlet SUKMA Johor.

10 April 2012

Atlet Tinju Pelapis Negeri Johor ke Program ASZS

Atlet Program Pelapis Negeri Johor ke Program Serantau Zon Selatan
1. Md Azman bin Abd Samad
2 Syazwan Shah bin Omar
3. Muhd Hafiz Bin Mohd Azam Naim

Tarikh lantikan 1 April 2012 -31 Dis 2012


Tahniah Dan terus kan perjuangan

SRJ2012/ Sirkit 1 2012

Pada 8hb yang lepas Pihak MSNJ/USPTN/ PSTBJ Dan Kelab Ibu- Bapa USPTN telah pun Berjaya melaksanakan Kejohanan Remaja Johor 2012 bagi Edisi tahun ke-3. Pada 8 April yang lepas seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada 4 kategori yang dipertandingkan iaitu bawah 12 tahun, 14-15 Dan 16-20 lelaki Dan perempuan. Pada Edisi yang Ke-3 Kali ini akan diadakan sebanyak 4 sirkit Dan 1 sirkit akhir yang dijangka Alan diadakan pada Nov 2012. berikut adalah pemenang setiap kategori
B12 L - Mohd Ammer Azamudin (Muar/pelapis)
B12 P - Fadhlin Adibah Zarifah (kluang)
B15 L - Shahrul Amin (Pontian/ pelapis)
B15 P - syazwani Razak (Kluang)
B20 L - Syed Mohd Hafiz (JB/ Sukma)
B20 P - Nurul Suhaila Mazlan (JB/pelapis)

Keputusan Rasmi Boley dapatkan di pelapisbowlingjohor.blogspot.com











06 April 2012

Kejohanan Boling Sirkit Remaja Johor 2012

Nama Kejohanan : SRJ 2012 / Sirkit 1
Tempat : Danga City Mall JB
Tarikh : 8 April 2012
Masa : 9.00 Pagi
Kategori : bawah 12 L & P
13-15 L & W
16-20 L & W
Maklumat lanjut sila layari
pelapisbowlingjohor.blogspot.com
Hubungi 016-7177961 zahari

02 April 2012

PEMANTAUAN PLN PELAYARAN JOHOR

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: PELAYARAN

Tarikh: 31 Mac 2012
Masa: 2.30 - 4.00 petang
Tempat: PLN Pelayaran Tg Leman

Kehadiran:  

1. En Fadzley Aziz - JPM
2. En Aziz - JSM 
3. Atlet - 14 lelaki, 6 wanita

LATIHAN
(Bentuk latihan yang sedang dijalankan semasa hari lawatan)

1. Latihan di laut selama hampir 3 jam.



PERALATAN

1. Bot untuk kegunaan jurulatih telah bocor dan tidak dapat digunakan lagi. JPM memaklumkan pihak beliau masih di dalam proses mencari mane2 tempat yang boleh membaiki bot tersebut dan pihak beliau akan membuat permohonan untuk membaiki bot tersebut secepat mungkin.


ULASAN


1. Ini adalah pemantauan SDO buat kali pertama ke PLN tersebut bagi tahun 2012. Kelihatan ramai atlet yang turun berlatih walaupun pihak persatuan mempunyai masalah pengangkutan untuk menghantar atlet dari Batu Pahat ke PLN tersebut. 
2. Sepatutnya atlet mula turun ke laut pada jam 2 petang selepas makan tengahari namun setelah mendapat makluman berkenaan kedatangan SDO jurulatih telah melambatkan sedikit waktu latihan tersebut bagi memberi ruang SDO untuk berjumpa dengan atlet.
3. Jurulatih Pelayaran iaitu En Aziz (JSM) dan En Fadzley (JPM) amat memberi kerjasama yang baik sepanjang pemantauan kali ini. Tidak banyak permasalahan yang timbul dan jurulatih telah bersetuju untuk mencari atlet baru selepas SUKMA 2012 tamat. Ini kerana mereka ingin memberi tumpuan kepada atlet2 yang akan ke SUKMA 2012 ini.
4. Pemantauan kali ini dijalankan bersama Penyelaras  SUKMA Sukan Pelayaran iaitu Puan Nora dari Pusat Satelit ISN Larkin dan pihak SDO akan cuba untuk membuat pemantauan ke PLN ini dengan lebih kerap memandangkan PLN tersebut agak jauh, pihak SDO akan cuba sekurang-kurangnya sebulan sekali memantau PLN tersebut.


Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Siti Radziah Bt Abd Sahar
SDO Pelayaran Negeri Johor
Tarikh: 31 Mac 2012







 Berapa atlet yang hadir.



 Bot Jurulatih yang telah bocor.


 Sedang dalam pembinaan asrama serta pejabat kecil untuk atlet dan jurulatih.




 Terima kasih diucapkan kepada En Aziz kerana layanan dan kerjasama yang diberi.


 Atlet telah mula turun ke laut.