31 July 2010

SEMINAR SAINS SUKAN

SEMINAR SAINS SUKAN 
BERSAMA
MSNJ-ISN-UTM

Terima kasih diatas jemputan ISN (Pusat Satelit Johor) kepada semua jurulatih Program Pelapis Negeri Johor untuk turut serta didalam seminar sains sukan. Walaupun ianya diadakan selama sehari sahaja, namun ilmu dan perkembangan sains sukan terkini yang diberikan akan dapat direalisasikan oleh jurulatih terhadap program latihan mereka kelak.

Program ini yang dianjurkan secara bersama diantara Pusat Satelit Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor serta UTM telah diadakan di Dewan Gemilang MSN Johor pada 29hb Julai 2010 yang lalu. Seminar ini juga telah dihadir peserta dari Jurulatih MSN Johor, MSSJ dan UTHM. Berikut adalah gambar-gambar dimana jurulatih dari Program Pelapis Negeri Johor turut sama.


Jurulatih Tinju (Zulkefli Yacob) asyik mencatat maklumat untuk diaplikasika di dalam latihan


apa yang dibincangkan oleh Pengarah MSN Johor (kiri) bersama Pengarah Pusat Satelit (Kanan)

28 July 2010

Klinik Asas Permainan Badminton

KLINIK ASAS 
PERMAINAN BADMINTON
MSNJ-USPTN JOHOR DAN PBJ

Tarikh    : 1hb Ogos 2010
Hari        : Ahad
Tempat  : Dewan Badmin PBJ Larkin Johor Bahru
Masa      : 8.00 pagi ( Pendaftaran)
Jadual    : 9.00 - 4.30 petang
Bayaran : PERCUMA

Syarat Penyertaan:

1) Mestilah berumur 8 hingga 11 tahun pada tahun 2010
2) Mestilah berpakaian sukan
3) Sekurang- kurangnya memiliki kasut dan reket badminton
4) PENYERTAN UNTUK 80 ORANG YANG PERTAMA

berminat sila hubungi :

Urusetia Kinik
Zahari - 016-7177961
Akma - 012-7957991
Pejabat - 07-2279254

JAWATAN KOSONG

KEKOSONGAN JAWATAN
PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR


IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. (a) JAWATAN                                           :           PEMBANTU TADBIR
                                                                                    (PERKERANIAN/  OPERASI)
    (b) GRED                                                   :           N17
    (c) KUMPULAN PERKHIDMATAN       :            SOKONGAN
    (d) KLASIFIKASI PERKHIDMATAN     :            PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
    (e) JADUAL GAJI                                     :           P1T1 RM 820.38  – P1T24 RM 2151.35
    (f) TARAF JAWATAN                              :           KONTRAK

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

( a) Warganegara Malaysia ;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)                                 i)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya                          oleh Kerajaan ; dan

ii)      Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon- calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas).


CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar satu sampul surat berukuran 10cm x 23cm bersetem dan alamat sendiri dengan mencatat ”MOHON BORANG MSNJ” disudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2009 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

PENGARAH
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
D/A     :           ARAS 1,
STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JALAN DATO’ JAAFAR
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR

                        (U/P    :           KETUA UNIT
                                                UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR)

TARIKH IKLAN       :           27 JULAI 2010
TARIKH TUTUP     :           16 OGOS 2010

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut :-

(i)                 Sijil Kelahiran
(ii)               Kad Pengenalan
(iii)             Sijil Berhenti Persekolahan
(iv)             Lain-lain Sijil Kelayakan / Surat Akuan berkaitan


CATITAN AM

(a)   Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b)   Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c)   Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.


20 July 2010

MAJLIS KERAIAN PERPISAHAN

 JASAMU DIKENANG

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jurulatih Luar Negara Sukan Menembak (Mr Nikolaev Victor) yang telah melatih atlet dari Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor.

Beliau telah berkhidmat di Pusat Latihan ini sejak tahun 2000 hinggalah 14hb Julai 2010. Hampir 10 tahun beliau telah berkhidmat dan menetap di Batu Pahat sehinggakan beliau boleh memahami dan bertutur di dalam bahasa melayu . Ini telah memudahkan beliau dan atlet berkomunikasi dengan baik. Walaupun pertuturan tidaklah seperti masyarakat Malaysia namun memadahi memahami akan maksud yang hendak beliau sampaikan.


  dari kiri Mr Nikolaev Victor, Mr President, x Pegawai Penyelaras Sukan dan KU Pelapis Negeri Johor

cenderamata dari para atlet menembak Pelapis Negeri Johor

07 July 2010

MEWAKILI NEGARA

KEJOHANAN MENEMBAK ISSF
WORLD CHAMPIONSHIPS MUNICH 2010

Tahniah kepada adik Muhammad Shahril bin Sahak dan adik Loh Wen Jhuin kerana terpilih mewakili negara di Kejohanan Menembak ISSF World Championships di Munich pada 29hb Julai hingga 11hb Ogos 2010. Mereka akan mengambil bahagian di dalam acara sepertimana berikut: -

Muhammad Shahril bin Sahak
1. 10M Air Rifle Men Junior
2. 50M Rigle Prone Junior
3. 50M Rifle 3 Positions Junior

Low Wen Jhuin
1. 10M Air Pistol Men Junior
2. 50M Pistol Men Junior