Showing posts with label AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN. Show all posts
Showing posts with label AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN. Show all posts

26 January 2011

PERHIMPUNAN ATLET ASZS 2011

PERHIMPUNAN ATLET
AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN (ASZS)

Tarikh : 23 Januari 2011
Masa : Jam 3.30 petang
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan

Akademi Serantau Zon Selatan, Johor Bahru; Terima kasih kepada pentadbiran Akademi Serantau Zon Selatan diatas usaha mengadakan perhimpunan atlet dan jurulatih ASZS pada tarikh tersebut. Perhimpunan Atlet ASZS kali ini telah dihadir semua atlet dan jurulatih ASZS dari sukan memanah, olahraga, tinju dan angkat berat serta kehadiran Ketua Unit Pelapsi Serantau Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia (KUPS) En. Mohd Nor Izuwan Hj Mohd Ariffin dan Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor (KUN Johor) En. Hafiszal Bin Tukemin. Walaupun kehadiran KUPS ke perhimpunan ini tidak rasmi, namun ianya cukup mengembirankan para penghuni ASZS kerana banyak perkara yang dapat dijelaskan dan diselesaikan. 

Di dalam amanat KUPS telah meminta agar perhimpunan seumpama ini dapat dilaksana secara bulanan agar sebarang perkara dapat diutarakan dan diselesaikan segera. Penekanan dispilin dan pencapaian latihan serta pertandingan juga diberi perhatian oleh KUPS kepada semua atlet ASZS agar sentiasa meningkatkan prestasi dari masa ke semasa.

Pihak ASZS sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian KUPS menghadiri perhimpunan ini. Berikut beberapa gambar berkaitan perhimpunan atlet ASZS tersebut.







01 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

MAJLIS BERBUKA PUASA
AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN

Akademi Serantau Zon Selatan, Johor Bahru; Satu Majlis Berbuka Puasa yang dikhususkan kepada semua para jurulatih dan atlet di ASZS dan SSBP serta agensi-agensi yang terlibat secara langsung di dalam pengurusan membabitkan Akademi Serantu Zon Selatan. Majlis ini yang diadakan pada 25hb Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1043 telah dihadiri kira-kira 100 orang tetamu jemputan. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu khas iaitu Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor dan Ketua Unit Pelapis Serantau Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya kakitangan USPTN Johor sendiri dan Perbadanan Stadium Johor yang telah membantu menjayakan majlis tersebut. 

Dikesempatan ini juga, Ketua Unit Pelapis Serantau telah mengadakan perjumpaan bersama semua para atlet pelapis serantau yang berada di Akademi Serantau Zon Selatan dan Sek. Sukan Bandar Penawar.

08 August 2010

BTN PARA ATLET ASZS

KURSUS BINA NEGARA (BTN)
SIRI 2/2010

Cawangan Pelapis / Cawangan Kejurulatihan bersama Cawangan Sumber Manusia Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan kursus BTN kepada semua atlet pelapis serantau di Pulau Langkawi Kedah mulai 21hb Julai - 25hb Julai 2010 yang lalu. Seramai 11 orang atlet dari Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) dan 11 orang dari Pusat Latihan Sek. Sukan Bandar Penawar yang terdiri dari sukan Olahraga, Memanah dan Angkat Berat bersama seorang pegawai dari USPTN Johor iaitu En Mohd Azni bin Lokman telah bertolak dari Johor Bahru menaiki bas persiaran yang disediakan oleh pihak penganjuran pada jam 1.30 pagi dan tiba di Kuala Perlis pada sekitar jam 12.30 tengahari. Berikut adalah gambar aksi para peserta terutama dari ASZS : -

14 April 2010

PEMANTAUAN LATIHAN ANGKAT BERAT PELAPIS SERANTAU (ASZS)





PEMANTAUAN LATIHAN ANGKAT BERAT PELAPIS SERANTAU (ASZS)
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Larkin (ASZS) Tarikh : 9hb Apri 2010 / Jumaat Masa : 4.30 petang

Johor Bahru; Satu pemantauan telah dilaksanakan bagi melihat perjalanan program latihan yang dilakukan jurulatih Staven (JLN) bersama jurulatih dari program SUKMA Johor. Latihan berjalan di dalam suasana yang cukup baik diantara jurulatih dan atlet-atlet dari program pelapis serantau dan SUKMA Johor.

Kekurangan plat / disk angkat berat sedikit menganggu perjalanan latihan. Dimana para atlet terpaksa berkongsi dan menunggu selepasa atlet lain membuat angkatan.

Pihak MSN Johor juga telah membantu membekal dan membaiki kerosakan beberapa buah lampu agar dapat menghasilkan kecerahan yang mencukupi. Secara berperingkat-peringkat MSN Johor akan membuat penambahbaikan agar pusat ini sentiasa berada di dalam tahap yang selesa.

27 January 2010

Perjumpaan KU USPTN Johor Bersama Atlet

Tempat : Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan
Masa : 1430 hrs

Satu perjumpaan telah diaturkan oleh pihak pengurusan Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) di antara Ketua Unit USPTN Johor dan juga pengurusan SUKMA Majlis Sukan Negeri Johor dengan atlet-atlet yang menginap di Asrama ASZS. Perjumpaan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan amanat dan juga mendengar permasalahan yang dihadapi oleh atlet-atlet yang menginap di asrama ASZS.

Antara amanat yang disampaikan oleh KU USPTN meliputi hal-hal seperti etika berpakaian ketika makan, disiplin, kepentingan menjaga barang-barang peribadi yang berharga, kebersihan, dan juga sikap saling menghormati sesama warga sukan yang lain.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh kakitangan USPTN, kakitangan Sekretariat SUKMA, jurulatih-jurulatih, dan juga atlet-atlet yang tinggal di asrama ASZS. Semoga perjumpaan ringkas seperti ini akan dapat diadakan dengan lebih kerap bagi mengeratkan hubungan antara atlet dengan pegawai-pegawai sukan yang terlibat, di samping dapat memahami permasalahan yang dihadapai oleh atlet.













..

17 October 2009

MAJLIS HARI RAYA PELAPIS NEGERI 2009 DE JOHOR BAHRU

Tarikh : 13hb Oktober 2009 / 24 Syawal 1430 H
Masa : Jam 8.00 mlm
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan Zon Selatan
Tetamu VVIP : Ybhg Dato' Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Pelapis Negeri adalah yang julung-julung kali diadakan dan dianjurkan di Negeri Johor. Majlis ini juga dilaksanakan bersempenan Bengkal Pengukuhan Pengurusan Negeri kepada semua Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO).




Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan tarian dari pelajar-pelajar SMK Tmn Daya..... comel-comel belaka semua nya....... tq to u all....



Majlis ini bertambahn serinya dengan kehadiran Ybhg Dato' Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor di iringi Pengarah Cawangan Pelapis MSNM...... bukan senang kami semua nak bersama Ybhg Dato' KP... kami akan sentiasa menyokong Ybhg Dato' KP.....




Persiapan diperingkat awal..................



Semua orang bertungkuslumus menjayakan majlis ini..........

Terima kasih kami kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutama yang diperingkat negeri

Pengarah, Majlis Sukan Negeri Johor
Perbadanan Stadium Johor
Asfarina Enterprise
Sunny

16 October 2009

PENILAIAN JKR DAERAH KE ASZS




Cik Rashleen (KU PS) memberi penerangan kepada wakil JKR (Cik Hafizah) berkaitan Akademi Serantau Zon Selatan


Tarikh : 13hb Oktober 2009
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan

Wakil JKR Daerah Johor Bahru membuat lawatan bagi menilai keselamatan dari sudut teknikal pembinaan. Ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan para atlet Pelapis Serantau dan SUKMA Johor.

Proses ini diperlukan bagi membolehkan pihak MSNM untuk mengambil alih pengurusan dan pentadbiran akademi serantau mulai tahun 2010.

15 October 2009

LAWATAN YB PENGERUSI BELIA & SUKAN NEGER JOHOR KE AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN

Tarikh Lawatan : 6hb Oktober 2009
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan

YB Tn Hj. Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan Negeri Johor telah membuat lawatan ke semua kemudahan Akademi Serantau Zon Selatan. Ini adalah kali pertama YB membuat lawatan secara menyeluruh.

Lawatan ini diiringan 3 orang pegawai dari pihak Perbadanan Stadium Johor, Unit SUKMA Johor dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor.

Susulan dari lawatan ini, YB mencadangkan beberapa penambahbaikan harus dibuat bagi menambah lagi keselesaan para atlet yang menginap di akademi tersebut.







Terima kasih YB diatas keperihatinan YB didalam program kerjasama ini diantara Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Johor.

02 October 2009

UJIAN KECERGASAN ATLET

Tarikh : 1hb Oktober 2009 / Khamis
Tempat : Trak, Stadium Tan Sri dato' Hj Hassan yunos (Stadium Larkin)
Masa : 3.30 Petang
Sukan : Memanah

Salah satu ujian yang wajib para atlet di akademi serantau zon selatan lakukan iaitu Ujian Kecergasan. Latihan bukan hanya tertumpu pada kemahiran tetapi kecergasan juga amat penting.

Atlet terbaik bagi ujian kecergasaan adalah Faiz (stage 8.4) Tahniah.

Terima kasih juga kepada pihak Pusat Satelit ISN Larkin di dalam pelaksanaan ujian ini.


pastikan baju dimasukkan kedalam dan tali kasut diikat dengan rapi..... sedia...



go...go..go.......



u all can do it..... go..go...



akhirnya.......

28 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH MSNJ & PENGARAH CAWANGAN PELAPIS MSNM

Aktiviti : Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah MSN Johor
Tarikh : 14hb September 2009 / 24 Ramadhan 1430h
Masa : 6.00 petang
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan.



Tetamu jemputan yang turut sama berbuka bersama para atlet....... dri kanan, Tn Hj. Harun Ismail (Presiden Persatuan Tinju Amatur Johor), wakil Pengetua Sek. Men. Keb. Amirnuddin Baki Johor Bahru, Ustat yang membimbing majlis membudayakan al-quran, en ismail, tn hj ismail bin hj abdul rahaman (Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, En Jefri (Pengarah Cawangan pelapis MSNM, dan En khairuddin Wakli pengetua SSBP.



antara kakitangan usptn Johor bergambar kenangan bersama Pengarah MSN Johor



lepas makan.... main bunga api...hati-hati jgn sampai x balik raya nnt.......



bagus semuanya...... beratur utk mengambil juadah berbuka...... menu majlis:
1. Nasi Berani
2. Lauk Kambing masak kurma
3. Lauk ayam masak sambal
4. laksan Johor
5. Sate
6. Murtabak Johor
7. Kurma
8. 2 jenis kuih
9. Minuman sejuk dan panas



cerita permasalahan sukan di negara ini............ Pengarah Cawangan Pelapis (PCP), En Khairuddin (SSBP) dan fiszal (KU Johor).........



Pengarah Cawangan Pelapis MSNM memberi ucapan ringkat sebelum masuk berbuka puasa kepada para atlet supaya menjaga permakanan agar prestasi sentiasa di dalam keadaan bersedia dan fit........



para tetamu khusus mendengar amanat dari Pengarah Cawangan Pelapis. Jagn dengar telinga kanan keluar telinga kiri udah lah ye.....



para atlet dan tetamu menunaikan solat magrib berjemaah di aras 1 dewan makan akademi serantau zon selatan. Semoga mendapat keberkatan dari NYA.....



Bos jgn panjang sangat amanat tu.... waktu berbuka dah nak masuk.....

Pihak pengurusan akademi serantau zon selatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudiaan hadir dan memeriahkan majlis berbuka puasa ini.

sekian