14 April 2010

PEMANTAUAN LATIHAN ANGKAT BERAT PELAPIS SERANTAU (ASZS)





PEMANTAUAN LATIHAN ANGKAT BERAT PELAPIS SERANTAU (ASZS)
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Larkin (ASZS) Tarikh : 9hb Apri 2010 / Jumaat Masa : 4.30 petang

Johor Bahru; Satu pemantauan telah dilaksanakan bagi melihat perjalanan program latihan yang dilakukan jurulatih Staven (JLN) bersama jurulatih dari program SUKMA Johor. Latihan berjalan di dalam suasana yang cukup baik diantara jurulatih dan atlet-atlet dari program pelapis serantau dan SUKMA Johor.

Kekurangan plat / disk angkat berat sedikit menganggu perjalanan latihan. Dimana para atlet terpaksa berkongsi dan menunggu selepasa atlet lain membuat angkatan.

Pihak MSN Johor juga telah membantu membekal dan membaiki kerosakan beberapa buah lampu agar dapat menghasilkan kecerahan yang mencukupi. Secara berperingkat-peringkat MSN Johor akan membuat penambahbaikan agar pusat ini sentiasa berada di dalam tahap yang selesa.

No comments:

Post a Comment