LAPORAN HARI PERTAMA
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI
21HB APRIL 2010
21HB APRIL 2010
Alor Star, Kedah: Kontinjen Pelapis Negeri Johor telah selamat sampai di Bandaraya Alor Star setelah bertolak dari Johor jam 9.00 pagi dan tiba The Regency Hotel, Alor Star sekitar jam 10.00 pagi (21hb April 2010). Kontinjen Pelapis Johor telah menghantar seramai 10 Pegawai / Urusetia, 8 orang pemandu dengan 3 buah bas, 1 pajero, 1 van dan sebuah kereta, 23 orang jurulatih dan 78 orang atlet lelaki dan wanita.
Pada hari pertama ini, pasukan gimrama terlebih dahulu memulakan sesi klasifikasi bagi para atlet gred 1, 2 dan 3 di SMK Sultanan Bahiyah. Seorang atlet Pelapis Johor telah mengambil bahagian pada sesi ini.
Pasukan silat olaharaga Pelapis Johor dan Gemilang johor juga telah memulakan sesi timbang berat badan di Dewan Dato' Syed Omar, Jalan Langgar dan mesyuarat pengurus dijalankan pada sesi malam di Hotel Grand Crystal. Walaupun difahamkan terdapat sedikit kekecohan, namun semua telah diatasi secara bersama dan bermuzakarah.
sekian
good job for the quick update
ReplyDelete