09 April 2010

TAHNIAH MUHAMMAD SHAHRIL BIN SAHAK

sejarah tercipta, adik Muhammad Shahril memenangi pingat emas di Temasya Sukan Malaysia Terengganu 2008.

Batu Pahat, Johor; Tahniah diucakpan kepada adik Muhammad Shahril bin Sahak (Atlet menembak Pelapis Negeri Johor / SUKMA Johor) kerana terpilih untuk mewakili negara ke Kejohanan Menembak ISSF World Cup Beijing pada 16hb April - 25hb April 2010 bertempat di Beijing, China. Beliau akan bertandingan di dalam acara 50m Rifle Prone Man.

Turut sama di dalam kontinjen Malaysia adalah Hasli Izwan Amri Hasan, Nur Suryani Mohd Taibi, Shahera Rahim Raha, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, Wahidan Ismail, Bibiana Ng Pei Chin, Joseline Cheah Lee Yean dan Siti Nur Mashitah Mohd Badrin.

Semoga adik Muhammad Shahril terus berjaya di dalam acar yang diceburi. Maralah sama-sama kita mendoakan kejayaan beliau dan juga kontinjen Malaysia.

No comments:

Post a Comment