16 April 2010

SEPANJANG PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT TERJUN DI SEKOLAH-SEKOLAH FASA 1 2010

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN TERJUN
FASA 1/2010
14 & 15 APRIL 2010
TEMPAT : SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT


Merujuk kepada post berkenaan Program Mengenalpasti Bakat Sukan Terjun di sekolah-sekolah yang lepas, berikut adalah beberapa laporan sepanjang program dijalankan.
Selama 2 hari pemilihan tersebut di sekolah-sekolah, Jurulatih Penuh Masa iaitu Miss Agnes Wong telah berjaya memilih seramai 82 orang pelajar yang akan di buat pemilihan lebih terperinci lagi pada 18/04/2010 iatu pada hari ahad ini di Kolam Renang MBJB Larkin. Pada hari itu, ibubapa telah dijemput hadir untuk turut serta menyaksikan bagaiman sesi latihan terjun dijalankan dan satu sesi penerangan oleh Pegawai Pembangunan Negeri akan diadakan bersama ibu bapa untuk memberi penerangan lebih terperinci akan bagaiman program Pelapis ini dijalankan. Ini kerana kebanyakkan ibu-bapa masih lagi tidak memahami akan tujuan dan objektif program ini dijalankan. Dengan sesi penerangan ini juga diharap akan memberi kesedaran kepada ibubapa akan kepentingan sukan terhadap seseorang pelajar. Sokongan moral dan semangat yang diberi oleh ibubapa kepada pelajar adalah amat penting bagi membangunkan sukan Terjun di Johor dan Malaysia. Diharap dengan usaha ini, lebih ramai lagi penerjun yang baik mampu dilahirkan di negeri Johor ini. Moga usaha ini mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat atau tidak terlibat secara langsung. Terima Kasih diucapkan. Sekian.


No comments:

Post a Comment