KEM BAKAT TERJUN 1/2010
DATE: 26-31 Mac 2010
VENUE:Pusat Akuatik Paroi Seremban
ORGANIZER: Cawangan Pelapis/ USPTN N.Sembilan
PARTICIPANT:55 divers from age 7-12, SDO-10, JPM-6, JLN-5
Sebuah lagi Kem Bakat Terjun telah diadakan untuk kali pertama bagi tahun 2010. Gabungan atlet dari Kumpulan A dan B dari setiap negeri telah memberi peluang bagi semua JPM,JLN dan JSM untuk berlatih bersama disamping dapat berkongsi pengalaman serta mempelajari sesuatu yang baru. Kem kali ini diselitkan juga dengan sesi Pembentangan dari Pegawai Pembangunan Negeri berkenaan Program Latihan Terjun. Pelbagai masalah, cadangan serta idea-idea baru dapat diperbincangkan semasa pembentangan tersebut, terutamanya cara untuk meningkatkan mutu prestasi atlet di setiap negeri. Pengarah dari Cawangan Pelapis juga amat menggalakkan penglibatan bekas-bekas atlet terjun untuk dijadikan jurulatih pada masa akan datang berikutan program ini amat ketandusan jurulatih yang berpengalaman dalam arena terjun ini.
Kelainan bagi kem kali ini dibandingkan kem yang sebelumnya adalah, kem kali ini telah ditambah dengan sesi Ujian Spesifik Terjun yang kali pertama telah dijalankan oleh pihak ISN disamping itu diisi lagi dengan Slot dari ISN (Institut Sukan Negara) akan kepentingan Pemakanan dan Psikologi dalam Sukan. Sesi sesi selainnya dipadatkan lagi dengan sesi latihan di Diving Pool dan Dryland. Jurulatih telah menggunakan masa yang ada sepenuhnya dengan menjalankan latihan memandangkan peralatan di Pusat Akuatik Paroi adalah lengkap.
Diharap Kem kali ini dapat dimanfaatkan oleh jurulatih dan atlet sepenuhnya kerana pada kem akan datang kumpulan yang besar ini akan dikecilkan lagi kepada kumpulan yang terbaik sahaja.
Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat semasa kem dijalankan terutama sekali urusetia tuan rumah USPTN Negeri Sembilan.
Sekian.
DURING MINI COMPETITION
FITNEST TEST WITH ISN
DURING DRYLAND TRAINING
LEISURE TIME WITH KFC
No comments:
Post a Comment