01 April 2010

KEROSAKAN SILING LAPANGSASAR MENEMBAK PUSAT LATIHAN MENEMBAK PELAPIS JOHOR


Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan oleh para atlet dan jurulatih


Kesan-kesan kerosakan akibat tiupan angin




Batu Pahat, Johor;
Pada awal pagi 19hb March 2010, dilapangsasar menembak Pusat Latihan Menembak Pelapis Negeri Johor telah berlaku tiupan angin yang kuat sehingga mengakibat beberapa bahagian siling runtuh dari tempat asalnya di kawasan sasaran 10 meter. Terdapat juga beberapa bahagian siling yang lain hampir runtuh disebabkan tiupan angin tersebut.

Menurut En Subari Ariffin Jurulatih Sepenuh Masa Program Pelapis Negeri MSNM, kejadian ini dijangka berlaku pada awal pagi 19hb March 2010 tersebut dan mujur tiada sebarang kejadian yang tidak diingni berlaku.

Kerja-kerja pembersihan telah pun dilaksanakan namun para atlet yang menjalani latihan bagi acara pistol mengalami gatal-gatal selepas latihan. Ianya dikesan berpunca daripada habuk fiber dibahagain bawah bumbung yang berperanan sebab penebat bunyai dan haba.

Tindakan awal telah dibuat melalui USPTN Johor kepada Cawangan Pelapis MSNM dengan memaklumkan kejadian tersebut. Pada masa ini, pihak USPTN Johor sedang mendapatkan anggaran kos bagi membaiki kerosakan tersebut.

Diharap semua pihak yang terlibar bersabar akan proses tersebut. Sekian

No comments:

Post a Comment