27 August 2009

CIRI-CIRI KESELAMATAN





Pihak Majlis telah pun menyediakan alat pemadam sebanyak 30 unit bagi ditempatkan di akademi serantaun zon selatan (asrama wanita, asrama lelaki, dewan makan dan pusat latihan tinju). Ini bertujuan bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Tindakan ini dilakukan setelah mendapat khidmat pandangan dari Jabatan Bomba.

Diharap ianya dapat digunakan dengan sebaik mukin oleh semua atlet dan pegawai yang menginap di akademi........

25 August 2009

PROGRAM TID ANGKAT BERAT


PROGRAM TID SUKAN ANGKAT BERAT (SPESIFIK)

9 Ogos 2009/ Felda Pemanis


Tarikh : 9 Ogos 2009
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : 1. Pusat Latihan Angkat Berat Felda Pemanis
2. Padang Awam Felda Pemanis
3. Dataran Felda Pemanis
Jumlah Peserta : 30 orang
sasaran Peserta : 13-15 tahun
Sekolah terlibat : SMK Felda Pemanis, Segamat

Bersempena dengan program demo sukan angkat berat dan pameran di Perlancaran Rakan Muda Sektor Kemajuan Tanah (Felda) pada 8 dan 9 Ogos 2009, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor mengambil kesempatan dengan mengadakan Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Angkat Berat dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Felda Pemanis Segamat, dan SMK Felda Pemanis, Segamat. Program tersebut juga di kelolakan sepenuhnya oleh pegawai Institut Sukan Negara Malaysia dan Jurulatih Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor.


Program tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat- bakat baru bagi sukan angkat berat khususnya bagi atlet-atlet yang berumur 13-15 tahun di Felda Pemanis, Segamat Johor untuk diserapkan di Pusat Latihan Angkat Berat USPTN Johor/ Felda Pemanis Segamat.




AKTIVITI YANG DIJALANKAN....



Sesi Pendaftaran Peserta


Mengenalpasti Bakat (TID) oleh Pegawai2 ISN

Perserta diuji dengan ukuran tinggi dan berat, Lompatan, Larian 20m, tekan tubi, dan Bangkit tubi

TID spesifik oleh Jurulatih Sambilan USPTN Joho
r




Lain- lain xtvt


Mini Pertandingan Angkat Berat kategori B-12, Wanita dan Terbuka






peserta yang terlibat





dan bakat yang muda telah dicungkil di Felda pemanis burumur 1 tahun 6 bulan



Johor Future Champian 2020



Muhamad Amirul bin Zamzuri



Mana satu atlet nie... di depan ka? atau di belakang? cube teka....





terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat













24 August 2009

5 ATLET BOLING USPTN KE PROGRAM SUKMA 2010





PERANCANGAN PROGRAM SUKMA 2010....


5 orang atlet dibawah program Pelapis Negeri USPTN Johor sukan tenpin bowling Pusat latihan Dynamic Bowl, Danga City Mall, Johor Bahru telah terpilih menyertai program latihan SUKMA 2010 Majlis Sukan Negeri Johor bermula pada 1 Ogos 2009. Pemilihan tersebut berdasarkan pencapaian atlet tersebut di kejohanan -kejohanan seperti MSSJ, MSSM dan Junior Sirkit 2009..

Future Bowlers For Johor

Syarifah Nur Fatimah Bt Syed Hussien (14 tahun)

Noramirah Bt Hashim (14 tahun)

Norasikin Bt Norazman (14 tahun)

Mohd Faizal Bin Rahmat (15 tahun)









Nurul Atiqah Bt Ahmah (13 tahun)


Selamat maju jaya...













PROGRAM DEMO SUKAN ANGKAT BERAT DAN PAMERAN MSNJ

PROGRAM DEMO SUKAN ANGKAT BERAT DAN PAMERAN MSNJ SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN RAKAN MUDA SEKTOR KEMAJUAN TANAH (FELDA)

PERINGKAT KEBANGSAAN 2009


di Felda Pemanis 1, Segamat Johor

8-9 Ogos 2009.




Pada 7-9 Ogos yang lalu, Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor telah dijemput bagi mengadakan demostrasi sukan dan pameran sempena Majlis Perlancaran Rakan Muda Sektor Kemajuan Tanah (Felda) Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 9 Ogos 2009 bertempat di Dataran Felda Pemanis, Segamat Johor.




Tujuan utama program demo dan pameran ini adalah bertujuan bagi membuka minat anak-anak penduduk sekitar Felda Pemanis berumur 21 tahun ke bawah untuk diserapkan ke Pusat Latihan Angkat Berat Felda Pemanis / USPTN Johor.



Program Demo Oleh Atlet2 Pusat Latihan Angkat Berat USPTN Johor
Felda Pemanis, Segamat

Program di selitkan dengan Pameran dari Majlis Sukan Negeri Johor



Pengunjung-pengunjung di hangatkan lagi dengan kehadiran
MASKOT HARIMAU SELATAN MSNJ



atlet yang terlibat....



Yang paling istemewa....

Program diserikan dengan kunjungan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia
ke khemah Majlis Sukan Negeri Johor.

terima kasih kepada semua yang terlibat.............

22 August 2009

LATIHAN BERSAMA PASUKAN TINJU (PELAPIS SERANTAU) DAN PASUKAN TINJU (BATAM)













Tarikh : 1 March 2009 - 3 March 2009
Tempat : Taman Wisata, Kota Batam
Pegawai : 2 Jurulatih
Atlet : 3 orang
Pasukan Menyertai : Malaysia / Batam / Padang

Program latihan bersama ini telah diundang dan dianjurkan oleh Kesatuan Olahraga National Indonesia, Batam (KONI BATAM). Koni Batam juga mengundang pasukan tinju dari Padang. Latihan hari pertama dan kedua telah diadakan di Taman Rekreasi (WISATA) dan mendapat sambutan dari penuntun yang datang. Latihan hari ketiga telah diadakan di pusat latihan tinju pasukan batam. Program latihan ini juga dilaksanakan berkongsep pertandingan.

Latihan ini amat berguna kepada jurulatih pelapis serantau bagi menilai tahap pencapaian para atlet memandang terlalu kekurangan pertandingan pada awal tahun.

PROGRAM SUAKENAL AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN






Program ini melibatkan atlet baru dan atlet lama di Akademi Serantau Zon Selatan. Program ini telah dilaksanakan pada 1hb Februari 2009 di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos. Pihak Institut Sukan Negara di Johor Bahru jika turut terlibat secara langsung di dalam program ini.

PROGRAM TID SUKAN SPESIFIK MENEMBAK

Pelaksanaan Program TID Sukan Spesifik Menembak telah dianjurkan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri  Johor di bawah Program Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor, Cawangan Mengenalpasti Bakat Institut Sukan Negara dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor dalam usaha pembangunan sukan negara secara berterusan dan sistematik.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam lingkungan usia 13 hingga 15 tahun di dalam sukan menembak untuk diserapkan ke pusat-pusat latihan Cawangan Pelapis MSNM.

FASA 1
Tarikh : 25 Mac 2009 - 3 April 2009
Penglibatan : 8 buah sekolah Daerah Batu Pahat, Johor

FASA 2
Tarikh : 31 Mac 2009
Tempat : Lapang Sasar Persatuan Menembak Johor di Batu Pahat, Johor
Anjuran : Cawangan Mengenalpasti Bakat, ISN & USPTN Johor
Penglibatan : 73 orang peserta
Di dalam proses pemilihan tersebut, para peserta akan diuji dengan beberapa ujian mengenalpasti bakat spesifik untuk sukan menembak iaitu ujian ketepatan, imbangan, kosentrasi, kekuatan fizikal dan ujian penglihatan yang bersesuaian.
 


Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sekian.

20 August 2009

TID BERBASIKAL DI SEGAMAT

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT
SUKAN BERBASIKAL TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KG JAWA SEGAMAT JOHOR TARIKH : 08 OGOS 2009 PENGANJUR : MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR PENGLIBATAN : 200 ORANG PELAJAR


SESI MINI RACE ANTARA PELAJAR



PERMULAAN PERLUMBAAN




PERLUMBAAN BERMULA




INILAH SEMANGAT DIPERLUKAN





FINAL SPRINT


PENYAMPAIAN HADIAH
KETUA UNIT USPTN JOHOR

19 August 2009

KEJUARAAN TINJU SIJORI 2009

Kejuaraan Tinju SIJORI 2009 berlangsung di KOMPLEK PUSAT BANDAR PASIR GUDANG dari 17HB OGOS hingga 20HB OGOS 2009. Penyertaan pertandingan adalah dari Johor, Singapura dan Kepulauan Riau Insdonesia.

19hb Ogos 2009 - Perlawanan Separuh Akhir

18 August 2009

Karnival Pelapis Negeri - Pulau Pinang (Gimrama)


Our little gimnas...









Our Gimnas perform in Karnival Pelapis Negeri at Pulau Pinang...

TID TERJUN FASA 1 & 2

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT TERJUN (TID)
FASA-1
DATE: 25-27 May 2009
PARTICIPANT: 188 potential athlete for 2nd Fasa
ORGANIZER: USPTN Johor & MSN Johor
5 SEKOLAH TERLIBAT DI SEKITAR LARKIN

(click on images to view)



FASA-2
DATE: 15 JUN 2009
VENUE: KOLAM RENANG MBJB LARKIN
ORGANIZER : USPTN JOHOR & MSNJ
50 PELAJAR DARI FASA-1 TERLIBAT
20 ORANG TELAH TERPILIH MENJALANI PROGRAM LATIHAN PELAPIS

Our Future Divers


THANKS TO COACH OSMAN FOR HIS HELP
ALSO TO MY BOSS COZ SUDI TURUN PADANG


TQ TO ALL PARENTS FOR THEIR COMITMENT


SESI SOAL JAWAB SDO/COACH & PARENTS


THANKS TO STAFF USPTN JOHOR
RADZIAH-SDO AKUATIK
SABRINA-SDO
AZNIE-P.T
EN HAFISZAL-K.U
MISS AGNES WONG-JPM
RAZIF-FUTURE JSM


KEM BAKAT TERJUN 2/2009

KEM BAKAT TERJUN 2/2009
DATE:
27.06 - 7.07.09
VENUE:
Pusat Akuatik Seremban
ORGANIZER:
Cawangan Pelapis/ USPTN N.Sembilan
PARTICIPANT:
65 divers from age of 7 till 12SDO-8, JLN-5, JPM-6, JSM-3


ALL PARTICIPANTS



SDO/MANAGER/ORGANIZER N9
(thz to Muz & the Geng)



COACHES
(we call them GENG BAS SEKOLAH)


CREW2 YANG SPORTING
(MISS U GUYS)