22 August 2009

PROGRAM TID SUKAN SPESIFIK MENEMBAK

Pelaksanaan Program TID Sukan Spesifik Menembak telah dianjurkan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri  Johor di bawah Program Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor, Cawangan Mengenalpasti Bakat Institut Sukan Negara dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor dalam usaha pembangunan sukan negara secara berterusan dan sistematik.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam lingkungan usia 13 hingga 15 tahun di dalam sukan menembak untuk diserapkan ke pusat-pusat latihan Cawangan Pelapis MSNM.

FASA 1
Tarikh : 25 Mac 2009 - 3 April 2009
Penglibatan : 8 buah sekolah Daerah Batu Pahat, Johor

FASA 2
Tarikh : 31 Mac 2009
Tempat : Lapang Sasar Persatuan Menembak Johor di Batu Pahat, Johor
Anjuran : Cawangan Mengenalpasti Bakat, ISN & USPTN Johor
Penglibatan : 73 orang peserta
Di dalam proses pemilihan tersebut, para peserta akan diuji dengan beberapa ujian mengenalpasti bakat spesifik untuk sukan menembak iaitu ujian ketepatan, imbangan, kosentrasi, kekuatan fizikal dan ujian penglihatan yang bersesuaian.
 


Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sekian.

No comments:

Post a Comment