29 March 2010

LAWATAN RASMI YB PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR DAN PENGARAH MSNJ KE SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR

TARIKH : 23 MAC 2010
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

Satu lawatan rasmi antara YB Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Tuan Haji Md. Jais Bin Sarday bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Tuan Haji Ismail Bin Haji Abdul Rahman dengan atlet-atlet Sukma Negeri Johor telah diadakan pada 23hb Mac 2010 bertempat di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum lawatan dimulakan, satu mesyuarat diadakan terlebih dahulu dengan kehadiran Ketua Unit Sekretariat Sukma Johor 2010, Bahagian Atlet dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor, ISN Pusat Satelit Larkin, ISN SSBP serta beberapa kakitangan Majlis Sukan Negeri Johor. Pelbagai perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat ini terutama pembaikpulih peralatan dan kemudahan sedia ada yang telah rosak.

Lawatan dibuat selepas mesyuarat ditangguhkan. Antara tempat yang dilawati oleh YB Exco adalah Pusat ISN di SSBP, Gimnasium, Boling Padang, Tenpin Boling, Judo, Lawan Pedang, Berbasikal, Kolam Renang, Sepak Takraw, dan lain-lain. Di dalam perjumpaan ini, YB Exco turut menyampaikan amanah dan menasihati para atlet agar lebih fokus terhadap latihan masing-masing. Pengarah MSNJ turut memberikan kata-kata semangat kepada para atlet agar memberi persembahan yang terbaik di SUKMA MELAKA 2010 nanti. 

YB Exco dan Pengarah MSNJ bergambar bersama atlet-atlet berbasikal

Atlet Negeri Johor bagi Sukan Lawan Pedang menjalani latihan seperti biasa

Gelanggang Skuasy yang dibiarkan begitu sahaja kerana program sukan skuasy telah dibubarkan setelah Jurulatih dipindahkan ke Negeri Lain.

Laporan 3 Dalam 1

Kejohanan Pencak Silat Tertutup dan Jemputan Remaja Johor 2010
Tarikh: 15 Mac - 18 Mac 2010
Tempat: Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor

Kejohanan yang dilangsungkan di Ruang Concourse Plaza Angsana Johor Bahru ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 236 orang pesilat dari pelbagai daerah, perguruan, dan kelab di seluruh Negeri Johor dan pasukan jemputan dari Singapura.

Kategori yang dipertandingkan bagi silat olahraga adalah kelas A sehingga L untuk kategori Putera, manakala bagi kategori Puteri pula dari kelas A sehingga I. Bagi acara seni pula, kategori yang dipertandingkan adalah Solo Bebas, Solo Baku, Ganda, dan Regu.

Kejohanan ini berjaya dilangsungkan dengan sukses hasil kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Johor, Pesaka Daerah Johor Bahru, PERSISI Singapura, Plaza Angsana (UDA Holdings), dan juga Majlis Sukan Negara Malaysia.

Dalam kejohanan ini, juara keseluruhan adalah pasukan Grasio Singapura, di tempat kedua Pelapis Johor, dan pasukan Gemilang 2012 di tempat ketiga.

Diharapkan kejohanan ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang memandangkan banyak pihak memberikan respons yang sangat menggalakkan, termasuk dari pihak media. Dan sebagai SDO yang bertanggungjawab terhadap sukan ini, saya memhon agar pihak Majlis dapat memperuntukkan penganjuran kejohanan untuk sukan Kategori D pada masa akan datang, dan bukan dianggap sebagai Program Binaan semata-mata.


KU USPTN Johor memberikan kata-kata aluan semasa mesyuarat pengurus





Ucapan penutup oleh Y.B. Dato' Haji Mohd Rashidi, Yang DiPertua Pesaka Johor


Penyeri Majlis: Pertandingan VIP atlet pra-remaja Pelapis Negeri Johor bergambar bersama-sama Jurulatih Pelapis Johor sebelum bertanding melawan pra-remaja Grasio Singapura




*************************************************************************************
Lawatan Y.B. Exco Belia dan Sukan Negeri Johor ke SSBP Tarikh: 22 Mac 2010 Tempat: Sekolah Sukan Bandar Penawar

Y.B Exco dan Pengarah Majlis Sukan Negeri telah mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Sukan Bandar Penawar. Di kesempatan itu, satu perjumpaan dengan Pasukan Lawan Pedang Pelapis telah diadakan.

Y.B. Exco dan Pengarah MSNJ sedang memberi amanat



Latihan dijalankan seperti biasa

*************************************************************************************

Pemantauan, Perjumpaan bersama Jurulatih dan atlet, dan Pertandingan Mini Angkat Berat PLN Felda Pemanis 1 Siri 1/2010
Tarikh: 28 Mac 2010
Tempat: PLN Felda Pemanis 1, Segamat, Johor

Pertandingan Mini ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet Pelapis yang masih belum layak bertanding di kejohanan-kejohanan lain kerana masih tidak mencapai had kelayakan yang ditetapkan. Pada program yang pertama ini, 6 orang atlet telah berjaya memecahkan rekod peribadi masing-masing. Antara atlet yang menonjol adalah Mohd. Farid Mohid (Clean & Jerk +7 kg) dan Mohd. Zahrul Zamzuri (Snatch +3 kg, Clean & Jerk + 3 kg).

Selain itu, hasil pemantauan yang dilaksanakan oleh SDO, didapati peralatan latihan seperti plate dan platform telah rosak dan pecah. Oleh yang demikian, diharapkan pihak Majlis dapat menyalurkan bantuan peralatan yang berkenaan memandangkan sukan Angkat Berat merupakan sukan Kategori A yang wajar diberi penumpuan dalam pelbagai aspek.


Platform pecah






..



25 March 2010

KEJOHANAN PERAHU LAYAR TERBUKA KFC - PENANG SWIMMING CLUB REGATTA 2010

TARIKH : 26 - 28 FEBRUARI 2010
TEMPAT : PENANG SWIMMING CLUB, TG. BUNGAH, P.PINANG
PESERTA : 1 PENGURUS, 2 JURULATIH & 12 ATLET SUKAN PELAYARAN

Seramai 12 orang atlet telah menyertai Kejohanan Perahu Layar Terbuka KFC - Penang Swimming Club 2010 pada 26hb hingga 28hb Februari 2010 bertempat di Penang Swimming Club, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Atlet-atlet ini berada dibawah seliaan Pengurus Pasukan iaitu En. Nordin serta jurulatih iaitu Noor Fadzley dan Yusof Ibrahim. 2 orang pegawai ISN dari Pusat Satelit Larkin turut serta dalam kejohanan bertujuan untuk pemantauan dan memberi perkhidmatan kepada atlet-atlet ketika bertanding iaitu Cik Risnainy dan Puan Nora.

Pasukan Perahu Layar bagi Pelapis Negeri Johor telah berjaya meraih 1 Perak dan 2 Gangsa dalam kejohanan tersebut. Di samping itu, atlet Negeri Johor yang berada dibawah Program Pelapis Kebangsaan turut berjaya meraih beberapa pingat dan agak cemerlang pada kejohanan kali ini. Saya berharap agar semua atlet dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini sehingga SUKMA MELAKA pada bulan Jun ini. Walaupun serba kekurangan peralatan dalam sesi latihan, namun ini tidak menghalang jurulatih dan atlet dalam berusaha untuk mencapai keputusan yang baik dalam setiap kejohanan yang disertai. Tahniah kepada yang terlibat.

KEPUTUSAN



16 March 2010

SIRKIT REMAJA JOHOR 2010

KEJOHANAN : SIRKIT 1/ AMPANG SUPERBOWL LEG
TARIKH : 13 mAC 2010
MASA : 10.00 PAGI

Muhd Mizan dan Salmi telah muncul pemenang bagi kategori Bawah 18 tahun lelaki dan perempuan pada Sirkit Pertama Kejohanan Boling Sirkit Remaja Johor 2010. Selain itu juga, Muhd dan Salmi juga merupakan pemenang bagi kategori Jatuhan Pin yang tertinggi iaitu 267 dan 217. Pemenang memabawa plug dan voucher tunai.Muhd Mizan yang juga dari Johor Bahru telah mengalahkan tempat kedua iaitu Roshan bahadur dari Segamat dan tempat ketiga Mohd Nurafiq Azni dari Kluang. Manakala Salmi Suhana peserta dari Muar pula telah mengecewakan peserta tempat kedua iaitu Saidatul Munawarah dan Syamim peserta dari Batu Pahat dan Johor Bahru.


Katogori Bawah 15 tahun dimenangi oleh peserta dari Kota Tinggi dan Muar. Ash Ammar dar Kota Tinggi telah berjaya menjadi Johan dengan mengalahkan Amirul Hafiz dari Johor Bahru dan Mohd Amirul Qaiyum dari Batu Pahat.. Manakala kategori perempuan Nur Amira Irdeena Bt Mohd Rafi peserta dari Muar berjaya menjadi Juara yang pertama mengalahkan Nurin yang mewakili Kota Tinggi dan Nur Syafiqa Bt Mustafa dari Johor Bahru. Selain itu juga Johan kedua-dua kategori ini juga merupakan pemenang bagi high game lelaki dan wanita dengan masing- masing membuat jatuhan tertinggi
255 dan 216.


Kategori bawah 12 pula dikuasai oleh peserta-peserta dari Daerah Segamat dan Batu Pahat. Muhd Faris Imadi yang berasal dari Segamat telah berjaya bergelar juara bagi katogori lelaki mengalahkan tempat kedua iaitu Ahmad Shazmil dari Johor Bahru dan Mohd Fitri Masri dari Segamat. Manakala kategori perempuan pula saidatina Munira dari Batu Pahat Johor telah mengalahkan tempat kedua dan ketiga iaitu Nur Amira Batrisha dari Muar dan Arissa Zhafira dari Segamat.. Mengikut jejak pemenang pemenang bawah 15 tahun dan 18 tahun, kedua-dua peserta cilik ini juga berjaya membawa pulang hadiah bagi kategori Jatuhan pin yang tertinggi dengan jatuhan pin sebanyak 200 bagi Muhd Faris dan 167 bagi Saidatina Munira.


Dan lain-lain pemenang pada hari tersebut


Kategori perempuan bawah 15 tahun
(dari kiri Nurin tempat ke2, Johan Nur Amira irdeena)

Kategori bawah 12 tahun lelaki
(dari kiri Johan Faris Imadi & tempat ke 3 Mohd Fitri Masri)
Kategori Bawah 12 tahun perempuan
(dari kiri ke3 Arissa Zhafira, Johan Saidatina Munira & N. Johan Nur Amira Batrisha)

kategori bawah 15 tahun lelaki
(dari kiri ke4 Muhd Akmal, Ke3 Muhd Amirul Qaiyum & N. Johan Amirul Hafiz)
Kategori bawah 18 tahun perempuan
(dari kiri N. Johan Saidatul Munawarah , Ke3 Syamim & Johan Salmi Suhana)

Kategori bawah 18 tahun lelaki
(dari kiri N. Johan Roshan Bahadur, Johan Muhd Mizan & Ke3 Muhd Nurafiq Azni)
SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG
jumpa lagi dan menang lagi ke SIRKIT KEDUA di IOI Mall Kulai Johor.

15 March 2010

Kejohanan Boling Sirkit Remaja Johor 2010

Kejohanan Boling MSNJ -USPTN - PSTBJ -Ibu- Bapa USPTN
Sirkit Remaja Johor 2010
Sirkit 1/ Ampang Superbowl, Johor Bahru Leg

13 Mac 2010

Johor Bahru : Seramai 116 orang peserta yang telah menyertai Kejohanan Boling MSNJ -USPTN -PSTBJ- Ibu-bapa USPTN Johor Sirkit 1 / Ampang Superbowl Leg yang terdiri daripada 6 kategori yang telah dipertandingkan. Kejohanan Ini telah diadakan di Ampang Superbowl, Johor Bahru bermula pada jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurkan oleh En. Hafiszal Bin Tukemin Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor. Kejohanan ini merupakan Sirkit yang pertama bagi Kejohanan Boling Sirkit Remaja Johor. Bagi Sirkit yang kedua pula dijadualkan akan berlangsung pada 17 April 2010 bertempat Ole2 Bowl, IOI Mall Kulai Johor. Bagi sesiapa yang ingin turut serta sila layari blog (pelapisbowlingjohor.blogspot.com


Peserta bawah 12 tahun Lelaki

Peserta bawah 12 perempuan

bawah 15 tahun lelaki

Peserta bawah 15 tahun perempuan

peserta bawah 18 tahun lelaki
peserta bawah 18 tahun wanita
tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada yang terlibat pada kejohanan ini..jumpa lagi di Sirkit 2 / Ole2 bowl, IOI Mall Kulai Johor.. keputusan pertandingan sila layari dan maklumat pertandingan Sirkit 2 sila layari http://www.pelapisbowlingjohor.blogspot.com/ atau tel 016-7177961 zahari
Sekian

10 March 2010

TAN SRI DATO S.M. YONG TROPHY / SPORT EXCEL 2ND JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS

TARIKH : 4 - 7 MAC 2010
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK KEBANGSAAN, SUBANG, SELANGOR
PESERTA : 13 ATLET & 3 JURULATIH

Seramai 13 orang atlet telah menyertai kejohanan tersebut dibawah seliaan jurulatih iaitu Nikolaev Victor dan Subari Ariffin. Pasukan Menembak Negeri Johor telah berjaya meraih 5 - Emas, 4 - Perak dan 7 - Gangsa secara keseluruhan. Di samping itu, Pasukan Menembak Negeri Johor telah menduduki tempat Naib Johan keseluruhan bagi Kategori Remaja Kebangsaan selepas Pahang. Seorang atlet menembak iaitu Muhammad Shahril Sahak berjaya memecahkan rekod peribadi beliau dan rekod kebangsaan. Ini merupakan kejayaan yang bermakna bagi atlet-atlet yang berlatih dibawah Program Pelapis Negeri Johor. Pihak USPTN Johor berharap agar dapat mengekalkan prestasi ini dan  mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau serta atlet-atlet menembak yang lain.

10M AIR RIFLE MEN
25M SPORT PISTOL MEN
10M AIR PISTOL WOMEN
50M RIFLE PRONE MEN
10M AIR PISTOL MEN
25M STANDARD PISTOL MEN
25M PISTOL WOMEN
50M PISTOL MEN

Laporan disediakan oleh Norasikin Ebrahim SDO Menembak Johor

08 March 2010

KEJOHANAN TERBUKA SELANGOR / SPORT EXCEL 1ST JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS

TARIKH : 4 - 7 FEBRUARI 2010
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK SUBANG, SELANGOR
PERSERTA : 13 ATLET, 3 JURULATIH & SDO

Kejohanan Menembak Terbuka Selangor merupakan pembuka tirai kejohanan 2010 bagi Sukan Menembak. Seramai 13 orang atlet telah menyertai kejohanan tersebut bersama 3 orang jurulatih serta seorang SDO bagi memantau prestasi atlet-atlet ini. Pasukan Menembak Negeri Johor telah berjaya meraih 6 - Emas, 6 - Perak dan 8 - Gangsa secara keseluruhan. Pencapaian yang boleh dibanggakan, namun jurulatih berpendapat masih terlalu awal untuk dijadikan pengukur kejayaan Pasukan Menembak Negeri Johor untuk ke SUKMA MELAKA pada bulan Jun. Ini kerana masih ada beberapa negeri yang tidak menyertai kejohanan ini. Walau bagaimanapun, pihak USPTN Johor berharap agar atlet-atlet menembak ini dapat mengekalkan prestasi dan memperolehi kejayaan secara berterusan di setiap kejohanan. Tahniah atas kejayaan semua atlet dan kerjasama jurulatih.


10M AIR RIFLE MEN
25M SPORT PISTOL MEN
10M AIR PISTOL WOMEN
50M RIFLE PRONE MEN
10M AIR PISTOL MEN
25M STANDARD PISTOL MEN
25M PISTOL WOMEN
50M PISTOL MEN

Laporan disediakan oleh Norasikin Binti Ebrahim SDO Menembak Johor