26 January 2011

PERHIMPUNAN ATLET ASZS 2011

PERHIMPUNAN ATLET
AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN (ASZS)

Tarikh : 23 Januari 2011
Masa : Jam 3.30 petang
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan

Akademi Serantau Zon Selatan, Johor Bahru; Terima kasih kepada pentadbiran Akademi Serantau Zon Selatan diatas usaha mengadakan perhimpunan atlet dan jurulatih ASZS pada tarikh tersebut. Perhimpunan Atlet ASZS kali ini telah dihadir semua atlet dan jurulatih ASZS dari sukan memanah, olahraga, tinju dan angkat berat serta kehadiran Ketua Unit Pelapsi Serantau Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia (KUPS) En. Mohd Nor Izuwan Hj Mohd Ariffin dan Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor (KUN Johor) En. Hafiszal Bin Tukemin. Walaupun kehadiran KUPS ke perhimpunan ini tidak rasmi, namun ianya cukup mengembirankan para penghuni ASZS kerana banyak perkara yang dapat dijelaskan dan diselesaikan. 

Di dalam amanat KUPS telah meminta agar perhimpunan seumpama ini dapat dilaksana secara bulanan agar sebarang perkara dapat diutarakan dan diselesaikan segera. Penekanan dispilin dan pencapaian latihan serta pertandingan juga diberi perhatian oleh KUPS kepada semua atlet ASZS agar sentiasa meningkatkan prestasi dari masa ke semasa.

Pihak ASZS sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian KUPS menghadiri perhimpunan ini. Berikut beberapa gambar berkaitan perhimpunan atlet ASZS tersebut.







No comments:

Post a Comment