05 January 2011

MESYUARAT UNIT (USPTN) BERSAMA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

MESYUARAT UNIT 01/2011

PENGERUSI : PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
TUAN HJ ISMAIL B. HJ ABDUL RAHMAN
KEHADIRAN : SEMUA STAFF USPTN/ASZS

TEMPAT: BILIK MESYUARAT ASZS
TARIKH : 5 JANUARI 2011


Tirai 2011 kali ini telah dimulakan dengan diadakan satu Mesyuarat Unit USPTN yang telah dipengerusikan oleh Pengarah MSNJ untuk kali pertamanya. Mesyuarat yang singkat ini telah diisi dengan pembentangan daripada Ketua Unit USPTN Johor (En Hafiszal B Tukemin) tentang Pentadbiran USPTN, K.P.I, Pusat-pusat Latihan Negeri (PLN), bilangan atlet dan jurulatih serta beberapa perkara berbangkit. Diharap dengan mesyuarat kali ini Pengarah MSNJ akan lebih jelas dengan objektif dan struktur pentadbiran USPTN.

Kami dari USPTN Johor amat berterima kasih kepada Pengarah dan semua staff MSNJ di atas kerjasama dan sokongan kepada program Pelapis Negeri di negeri Johor. Kami juga amat berbangga kerana mempunyai seorang Pengarah yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi untuk membangunkan sukan di negeri Johor ke peringkat yang tertinggi. Semoga kerjasama di antara USPTN dan MSNJ ini akan dapat terus dikekalkan.






Terima Kasih Diucapkan Kepada Pengarah MSNJ kerana sudi hadir.

2 comments:

  1. Harap apa apa hutang dengan pengurusan team di jelaskan segera.

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum dan selamat pagi,
    untuk pengatahuan tuan kami menghadapi sedikit masalah kewangan seperti yang kami jelaskan sebelum ini.bajet msnj & msnm 2011 mula dimasukkan pada bulan march.bayaran akan dibuat setelah bajet dimasukkan.diharap pihak tuan dapat bersabar dan memahami situasi kami.harap maklum .ty

    ReplyDelete