LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: PELAYARAN
Tarikh: 31 Mac 2012
Masa: 2.30 - 4.00 petang
Tempat: PLN Pelayaran Tg Leman
Kehadiran:
1. En Fadzley Aziz - JPM
2. En Aziz - JSM
3. Atlet - 14 lelaki, 6 wanita
LATIHAN
(Bentuk latihan yang sedang dijalankan semasa hari lawatan)
1. Latihan di laut selama hampir 3 jam.
PERALATAN
1. Bot untuk kegunaan jurulatih telah bocor dan tidak dapat digunakan lagi. JPM memaklumkan pihak beliau masih di dalam proses mencari mane2 tempat yang boleh membaiki bot tersebut dan pihak beliau akan membuat permohonan untuk membaiki bot tersebut secepat mungkin.
ULASAN
1. Ini adalah pemantauan SDO buat kali pertama ke PLN tersebut bagi tahun 2012. Kelihatan ramai atlet yang turun berlatih walaupun pihak persatuan mempunyai masalah pengangkutan untuk menghantar atlet dari Batu Pahat ke PLN tersebut.
2. Sepatutnya atlet mula turun ke laut pada jam 2 petang selepas makan tengahari namun setelah mendapat makluman berkenaan kedatangan SDO jurulatih telah melambatkan sedikit waktu latihan tersebut bagi memberi ruang SDO untuk berjumpa dengan atlet.
3. Jurulatih Pelayaran iaitu En Aziz (JSM) dan En Fadzley (JPM) amat memberi kerjasama yang baik sepanjang pemantauan kali ini. Tidak banyak permasalahan yang timbul dan jurulatih telah bersetuju untuk mencari atlet baru selepas SUKMA 2012 tamat. Ini kerana mereka ingin memberi tumpuan kepada atlet2 yang akan ke SUKMA 2012 ini.
4. Pemantauan kali ini dijalankan bersama Penyelaras SUKMA Sukan Pelayaran iaitu Puan Nora dari Pusat Satelit ISN Larkin dan pihak SDO akan cuba untuk membuat pemantauan ke PLN ini dengan lebih kerap memandangkan PLN tersebut agak jauh, pihak SDO akan cuba sekurang-kurangnya sebulan sekali memantau PLN tersebut.
Sekian terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
Siti Radziah Bt Abd Sahar
SDO Pelayaran Negeri Johor
Tarikh: 31 Mac 2012
Berapa atlet yang hadir.
Bot Jurulatih yang telah bocor.
Sedang dalam pembinaan asrama serta pejabat kecil untuk atlet dan jurulatih.
Terima kasih diucapkan kepada En Aziz kerana layanan dan kerjasama yang diberi.
Atlet telah mula turun ke laut.
No comments:
Post a Comment