18 March 2015

JOHOR- KEM LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK Siri 1/2015













KEM LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK Siri 1/2015


Tempat: Sekolah Sukan Tunku MahKota Ismail Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor

Negeri : Johor

Tarikh: 14 - 17 Mac 2015

Jurulatih : 1. Mohd Khirulddin Bin Selamat Yaacob 

                 2. Jozuadi Bin Ahmad Dzulkifli

                 3. Lachezar Kirilov Bogomilov

Pegawai  : Rahmah Binti Wailtakun

Jumlah Atlet: 21 Orang Atlet


Hari Pertama (14 Mac 2015)

Pada pukul 7.00 pagi atlet sudah berada  di Dewan gimnastik bagi menjalankan sesi latihan. Sesi joging di sekitar sekolah dan sesi renggangan telah dijalankan sebelum sesi latihan dimulakan. Antara jenis latihan yang dijalankan adalah fleksibiliti, ketahanan otot dan sebagainya.Sesi latihan tamat pada pukul 10.00 pagi. Sesi latihan ke dua adalah pada pukul 4.00 petang dan tamat pada pukul 6.30petang. 
Selepas makan malam atlet berkumpul di dewan serbaguna bagi sesi bersama pegawai. Pegawai memperkenalkan diri dan memaklumkan berkenaan penukaran pegawai baru yang akan menjaga sukan gimnastik dan seterusnya membentangkan perancangan program yang akan dijalakan dan kejohanan yang akan disertai disepanjang tahun 2015.Program tamat pada pukul 10.00malam. 

Hari Kedua (15 Mac 2015)

Pada Pukul 7.00 pagi atlet sudah berada dihadapan dewan untuk sesi rengangan dan joging disekitar sekolah sebelum sesi latihan bermula. Jenis latihan yang dijalankan melibatkan semua komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan fleksibiliti. Latihan tamat pada pukul 10.00 pagi. Selepas Sarapan pagi jurulatih membawa atlet ke kolam renang. Jurulatih mengarahkan atlet untuk membuat terjunan bagi  memupuk rasa tidak takut dengan didalam diri atlet. Program tamat pada pukul 1.00 Petang dan atlet terus ke dewan makan untuk makan tengahari seterusnya pulang ke asrama untuk berehat.
sesi latihan ke dua bermula pada pukul 4.00Petang dan tamat pad apukul 6.30 petang. 
Pada pukul 8.30 malam sesi taklimat motivasi diri bersama Syed Rahman telah dijalankan. Beliau adalah seorang pakar motivasi Atlet Sukma Johor. Program tersebut tamat pada pukul 10.30 alam.

Hari Ketiga (16 Mac 2015)

 Pada Pukul 7.00 pagi atlet sudah berada dihadapan dewan untuk menjalankan sesi aerobic bersama En Syed Rahman dan seterusnya menjalankan latihan seperti biasa.Sesi latihan yang dijalankan melibatkan semua komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan fleksibiliti. Latihan tamat pada Pukul 11.00 pagi. Selepas Sarapan pagi atlet dibenarkan pulang ke asrama untuk berehat.

Sesi latihan ke dua pada pukul  4.00 Petang. Jenis latihan yang dijalankan adalah seperti Kuda berpelana,Palang Tunggal dan palang. Latihan tamat pada pukul 6.30 petang.

Pada pukul 8.30 malam sesi Bersama En Amirul daripada Institut Sukan Negara Cawangan Bandar penawar telah memberi taklimat Fisiologi kepada atlet. Program tamat pada pukul 10.30 malam.


Hari Keempat (17 Mac 2015)

Seperti biasa pada pukul 7.00 pagi atlet sudah berada di hadapan Dewan Gimnastik untuk menjalankan sesi latihan. Sesi latihan tamat pada Pkul 10.00 pagi  dan seterusnya selepas sarapan pagi atlet di arahkan untuk ke dewan bagi sesi penutup Kem Latihan Gimnastik dan juga sesi penyampaian sijil. Program tamat pada pukul 1.00 Petang.



Rahmah Binti Wailtakun
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
(Tenis,Gimrama,Gimnastik,Basikal)
Tel   018- 2929940 / 07-5545972 
Fax  07-5548706

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment