06 October 2015

JOHOR-PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT DAN KLINIK SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK 2015

SUKAN : GIMNASTIK ARTISTIK

TARIKH : 29 SEPTEMBER - 1 OKTOBER 2015

PEGAWAI : RAHMAH BINTI WAILTAKUN

JURULATIH : MOHD KHAIRULDDIN BIN SELAMAT YAACOB
                    JOZUADI AHMAD BIN DZULKIFLI
                    LECEZAR BOGOMILOV

VANUE : DEWAN GIMNASTIK SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI.

KEHADIRAN


URUSETIA: 2 ORANG

BIL PESERTA : 30 ORANG

Pada 29hb September - 1 Oktober 2015 yang lepas Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama USPTN Johor telah menganjur kan satu Program Mengenalpasti Bakat & Klinik Sukan Gimanstik Artistik Siri 1/2015 yang bertempat di PLN Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar,Kota Tinggi,Johor .Program ini telah dihadiri seramai 30 orang pelajar daripada 6 daerah di negeri Johor iaitu daripada Daerah Johor Bahru,Kulai Jaya, Segamat, Ledang,Kota Tinggi dan Batu Pahat.
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan sukan Gimnastik ini dikalangan Pelajar sekolah dan seterusnya mencari bakat2 baru dan pelapis sukan Gimnastik Artistik ini.Program ini Dijalankan Adalah bagi kemasukan ke sekolah sukan bagi sesi tahun 2016.

Pada hari pertama 29 September 2015 semua pelajar hadir bagi sesi pendaftaran dan juga  pendaftaran penginapan. Kesemua Pelajar dan juga guru pengiring menginap di Komplek Sukan Air Bandar penawar.pada pukul 3.00 petang Kesemua atlet dan juga guru pengiring berkumpul bagi sesi taklimat dan perasmian program oleh Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor iaitu Cik Siti Radziah Binti Abdul Sahar dan seterusnya adalah penerangan kepada guru pengiring sekolah berkenaan tentatif program klinik dan juga Program Mengenalpasti bakat,seterusnya kepada pelajar yang menghadiri program ini.Seterusnya program ini diteruskan dengan klinik sukan Gimnastik daripada jurulatih Jozuadi dan dibantu oleh 2 orang jurulatih.Program tamat pada pukul 6.30 petang.
Pada hari kedua 30 September, Program sesi pagi dimulakan dengan Ujian kecergasan yang dikendalikan oleh ISN Bandar Penawar dan Juga ISN Nusajaya.
pada sesi petang kesemua pelajar menjalankan sesi latihan bersama jurulatih pelapis johor dan juga,atlet pelapis johor. jurulatih juga memberi serba sedikit penerangan kepada pelajar berkenaan ujian spesifik yang akan dijalankan pada hari esok.Sesi latihan dan penerangan tamat pada 6.30 petang.
Pada hari terakhir 01 Oktober 2015, ujian spesifik dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 Petang. Selepas ujian tamat atlet makan tengahari terlebih dahulu sebelum sesi penutup. Sesi penutup dimulakan dengan ucapan daripada SDO Rahmah Binti Wailtakun dan juga Jurulatih, Seterusnya sesi penyampaian cenderahati kepada kesemua guru pengiring.Program tersebut tamat pada pukul 4.00 Petang.

Sekian Terima Kasih,





























Rahmah Binti Wailtakun
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
(Tenis,Gimrama,Gimnastik,Berbasikal)
Tel   : 018- 2929940 / 07-5545972
Fax  : 07-5548706

No comments:

Post a Comment