20 October 2015

JOH- LAPORAN KEM LATIHAN SEPAK TAKRAW PLN PELAPIS JOHOR

KEM LATIHAN SEPAK TAKRAW PUSAT LATIHAN NEGERI (PLN JOHOR) 
TARIKH : 15-17 OKT 2015 
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI) KOTA TINGGI
 
PENYERTAAN : 

PLN TANGKAK : 
JURULATIH : MOHD ISKANDAR BIN YUSOF 
JURULATIH : MOHD ZAKI BIN ABU BAKAR 
JURULATIH : MOHD ZAMBERI BIN BIDIN
ATLET : 14 ORANG 

PLN SSTMI :
JURULATIH : HAJI ISMAIL BIN ATAN 
JURULATIH : MOHD KASBOLLAH BIN MOHAMED ISDRIS 
JURULATIH : AHMAD JAIS 
ATLET : 33 ORANG

SEK KEB BANDAR PENAWAR : 
ATLET : 6 ORANG 

Pada 15 hingga 17 Oktober 2015 yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melaui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Srkolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi Johor  telah mengadakan Kem Latihan Atlet Sepak Takraw Program Pelapis Negeri Johor bawah 16 tahun dan bawah 12 tahun  melibatkan Pusat latihan Negeri Johor iaitu Pusat Latihan Negeri SSTMI dan Pusat Latihan Negeri Tangkak bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar Kota Tinggi Johor. 

Program ini bertujuan bagi mengumpulkan atlet - atlet berbakat bawah 16 tahun dan bawah 12 tahun kedua- dua pusat latihan program pelapis negeri Johor. Selain itu juga program ini bertujuan bagi atlet - atlet diluar SSTMI menimba ilmu bersama jurulatih berpengalaman Sekolah Sukan SSTMI  iaitu Haji Ismail Atan, Hj Kasbollah dan Ahmah Jais. Melalui Program ini juga atlet -atlet sekolah SSTMI diberi peluang berlatih bersama Jurulatih PLN Tangkak iaitu Mohd Iskandar Bin Yusof.

Sepanjang program ini, atlet - attlet diberi pendedahan latihan yang diketua oleh jurulatih Haji Ismail Atan. Program yang dijalan kan lebih kepada pembetukkan skill dan teknik asas pemain mengikut posisi. 

Selain daripada porogram latihan atlet- atlet ini juga dapat menyertai aktiviti - aktiviti luar latihan seperti pertandingan boling pada malam pertama dan latihan di kola renang pada hari kedua selapas latihan. 

Pada sesi terakhir  pula , jurulatih telah mengadakan mini pertandingan melibatkan atlet -atlet program bermula jam 9,00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program berakhir selepas Majlis Penutup dan penyampaian hadiah bagi acara pertandingan boling berpasukan dan mini pertandingan antara regu. Majlis Penyampaian hadiah disampaikan oleh PPN En Zahari Zahar Bin Yusof di iringi oleh JSM HJ Kasbollah dan Mohd Iskandar Bin Yusof. 


Program ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan jurulatih dan atlet dari kedua -dua pusat latihan negeri dan pihak jurulatih mencadangkan agar diadakan sekali lagi pada bulan 12 melibatkan pusat - pusat latihan daerah yang dicadangkan dalam program khas. Jutaan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Johor ,  Sekolah Sukan SSTMI  dalam menjayakan kem latihan sepak takraw pada kali ini. 

Sekian. 

"LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR"

--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

No comments:

Post a Comment