19 December 2013

MESYUARAT PEMBANGUNAN SUKAN PERAHU LAYAR

Perbincangan Bersama Persatuan Perahu Layar Johor

Tarikh : 17 Disember 2013
Tempat : Bilik Persatuan Perahu Layar Johor
Kehadiran :

1) En Norzaidi Ahmad Fuad
-Pengurus Tunjuk Laut Resort

2) En Aziz Hashim
-JSM Pelapis Sukan Perahu Layar

3)En Ezranee
-Felda Enterprise

4)Haji Mazlan Othman
-Johor Corporation

5)En Abdul Razak
-Persatuan Perahu layar Johor

6)En Mohd Faizal
-Jabatan Pelajaran Negeri

Isu yang dibincangkan

1) Pengerusi pembangunan persatuan perahu layar iaitu Haji Mazlan mencadangkan untuk menubuhkan komuniti dari setiap pengurus felda bagi membantu membangunkan sukan perahu layar dimana kebanyakkan atlet-atlet berasa dari kawasan berdekatan dengan Pusat Latihan Negeri iaitu di Tanjung Leman Mersing , Johor

2) Selain itu , beliau menitikberatkan program pelapis iaitu progam pembangunan dimana permulaan sukan yang baik adalah daripada bawah di saya telah menerangkan kepada beliau , berkenaan progam yang di adakan pada awal tahun iaitu Program pengenalan perahu layar kepada pelajar-pelajar di sekitar sekolah Tenggaroh di mersing.

3)Atas cadangan dan idea daripada pelbagai pihak yang hadir, pada tahun hadapan,satu program Pengenalan Sukan Perahu layar akan diadakan dimana pada program kali ini , penglibatan ibu-bapa adalah perlu.Ini kerana , pada pandangan saya , kebanyakkan ibu-bapa tidak percaya dan takut untuk melepaskan anak-anak mereka untuk berlatih memandangkan , latihan sukan perahu layar ini melibatkan kawasan laut lepas.Oleh yang demikian , pada progam kali ini , ibu-bapa akan diberi ceramah tentang tahap keselamatan semasa latihan dijalan kan seperti pemantauan setiap masa oleh jurulatih semasa latihan , dan insurans atlet jika berlaku sesuatu.

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan dijangka pada awal tahun , akan diadakan sekali lagi Mesyuarat bagi melancarkan program yang sudah di tetapkan







No comments:

Post a Comment