KLINIK PENGENALAN MENEMBAK & PEMILIHAN FASA KE-2
SUKAN MENEMBAK
24 Oktober 2012, RABU
JAM 8.30 PAGI - 4.00 PTG
Objektif Klinik ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Sukan Mernembak kepada para pelajar yang bakal terpilih menjadi atlet Pelapis Menembak di bawah Program Pelapis Johor. Seramai 77 orang pelajar yang terlibat pada Klinik kali ini dan beberapa orang guru dari sekolah terlibat serta ibubapa pelajar yang berminat untuk turut serta di dalam klinik tersebut.
Pelajar yang terlibat telah didedahkan dengan pusat latihan sebenar menembak serta diperkenalkan jenis-jenis senjata yang digunakan di dalam sukan menembak. Disamping sesi pengenalan tersebut Jurulatih turut menjalankan sesi pemilihan fasa ke-2 bagi memilih atlet baru untuk di serakan ke dalam program Pelapis Johor. Pemilihan ini adalah susulan dari Program Pemilihan fasa pertama yang telah dijalankan di sekolah-sekolah pada awal oktober yang lalu. Dan pada akhir sesi seramai 27 orang pelajar yang berjaya terpilih setelah menjalankan beberapa jenis ujian yang telah dijalankan oleh jurulatih.
Diharap dengan adanya program seperti ini lebih ramai lagi atlet Menembak di Negeri Johor dapat dilahirkan. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua Guru sekolah serta ibubapa pelajar yang terlibat. tidak dilupakan jasa baik jurulatih2 menembak negeri Johor kerana tidak pernah penat mencari atlet menembak untuk Negeri Johor.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment