28 June 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CCE)

PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CCE)
ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
25HB JUN HINGGA 27HB JUN 2010
KOLEJ TUNKU CANSELOR UTM SKUDAI

Skudai, Johor Bahru; Satu Program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (CCE) yang dianjurkan oleh Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilaksanakan pada 25hb Jun hingga 27hb Jun 2010 di Dewan Astana Kolej Tunku Conselor UTM.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada semua jurulatih dibawah MSNM dan semua penggiat sukan untuk mengingkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai bidang kejurulatihan serta mewujudkan hubungan industri antara pihak MSNM dengan pihak UTM Skudai.

Seramai 15 orang jurulatih dari program pelapis Johor menyertai program. Namun jumlah ini amatlah mendukacita berbanding dengan jumlah jurulatih yang dilantik dibawah Pelapis Negeri Johor. Namun apa pun diucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat agar ilmu yang diperolehi digunakan sebaik mungkin bagi kemajuan sukan di negeri Johor khususnya bagi Program Pelapis Negeri Johor.


No comments:

Post a Comment