MAJLIS AMANAT & PENYERAHAN BENDERA JOHOR OLEH PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
1. GIMRAMA : ATLET-16 ORANG , JURULATIH - 2 ORANG
2. TINJU : ATLET - 7 ORANG, JURULATIH - 2 ORANG
3. MEMANAH : ATLET- 10 ORANG- JURULATIH - 3 ORANG
4. SEPAK TAKRAW SSBP : ATLET 11 ORANG, JURULATIH 2 ORANG
5. SEPAK TAKRAW TANGKAK : ATLET 11 ORANG, JURULATIH 2 ORANG
6. MENEMBAK : ATLET 10 ORANG, JURULATIH 3 ORANG
7. OLAHRAGA : ATLET 3 ORANG, JURULATIH 2 ORANG
PEGAWAI : SERAMAI 9 ORANG
KETUA-KETUA UNIT YANG HADIR
KATA-KATA SEMANGAT DARI PENGARAH
PENYERAHAN BENDERA KEPADA KETUA UNIT USPTN JOHOR
Pada 27-31 Oktober 2010 akan berlangsungnya Karnival Sukan Pelapis Siri 2/2010 bertempat di Seremban Negeri Sembilan. Berikutan daripada itu sebuah Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) telah diadakan sebelum kontijen bertolak pada 27 Oktober 2010. Majlis diadakan di halaman asrama Akademi Serantau dengan dihadiri oleh Pengarah (MSNJ), Penolong Pengarah (MSNJ), Ketua-ketua Unit (MSNJ), Ketua Pusat Satelit ISN, Ketua Unit USPTN, Para Pegawai USPTN dan Para atlet-atlet Pelapis Negeri dan Serantau.
Majlis diserikan dengan ucapan dari Ketua Unit USPTN dan seterusnya ucapan dan Amanat dari Pengarah (MSNJ). Sepenjang ucapan dan amanat dari tuan Pengarah, beliau sering memberi kata-kata semangat yang tinggi kepada para atlet agar lebih yakin dan dapat membanggakan negara suatu hari kelak. Beliau juga berharap agar penyertaan Pelapis Johor ke Karnival pada kali ini dapat menunjukkan peningkatan prestasi berbanding dengan Karnival yang lalu iaitu di Karnival Siri 1/2010 (Kedah).
Akhir sekali Majlis diteruskan dengan Penyerahan Bendera oleh Pengarah (MSNJ) kepada Ketua Unit USPTN selaku Ketua Operasi bagi Kontijen Pelapis Johor. Kami warga USPTN Johor amat berbangga dengan semangat dan komitmen yang diberi oleh Pengarah (MSNJ). Beliau juga akan turut serta bersama-sama kontijen Pelapis Johor ke Karnival ini. Diharap dengan kehadiran beliau atlet-atlet akan lebih bersemangat ketika bertanding.
Karnival kali ini melibatkan 93 orang kontijen termasuk atlet, jurulatih dan urusetia. Berikut adalah sedikit maklumat penyertaan ke Karnival Siri 2/2010:-
1. GIMRAMA : ATLET-16 ORANG , JURULATIH - 2 ORANG
2. TINJU : ATLET - 7 ORANG, JURULATIH - 2 ORANG
3. MEMANAH : ATLET- 10 ORANG- JURULATIH - 3 ORANG
4. SEPAK TAKRAW SSBP : ATLET 11 ORANG, JURULATIH 2 ORANG
5. SEPAK TAKRAW TANGKAK : ATLET 11 ORANG, JURULATIH 2 ORANG
6. MENEMBAK : ATLET 10 ORANG, JURULATIH 3 ORANG
7. OLAHRAGA : ATLET 3 ORANG, JURULATIH 2 ORANG
PEGAWAI : SERAMAI 9 ORANG
KETUA-KETUA UNIT YANG HADIR
KATA-KATA SEMANGAT DARI PENGARAH
PENYERAHAN BENDERA KEPADA KETUA UNIT USPTN JOHOR
No comments:
Post a Comment