28 October 2010

HARI PERTAMA (KARNIVAL PELAPIS SIRI 2/2010)

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 2/2010

Hari Pertama : 27 OKTOBER 2010


Alhamdullilah pada 27 Oktober 2010 semua kontinjen Johor telah selamat sampai di penginapan kami iaitu di Hotel Sri Senawang sekitar jam 6.oo petang dengan menaiki 2 buah bas, sebuah bas Sekolah Sukan Bandar Penawar dan sebuah Bas Persiaran. Manakala beberapa jurulatih dan pegawai telah membawa kenderaan masing-masing bagi memudahkan perjalanan ke venue pertandingan kelak.
HOTEL SRI SENAWANG

Kemudian pada sebelah petang dan malam, beberapa sukan telah pun menjalankan sesi Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan Gimrama, Memanah, Olahraga dan Tinju.

Kesemua sukan di atas akan memulakan pertandingan pada 28 Oktober 2010. Manakala bagi sukan Sepak Takraw dan Menembak akan memulakan pertandingan pada 29 Oktober 2010 setelah Mesyuarat Pengurus Pasukan diadakan pada 28 Oktober 2010. Sekian untuk makluman hari ini. Pihak kami akan sentiasa update result dan berita terkini dari masa ke semasa.


MESYUARAT PENGURUS PASUKAN MEMANAH

No comments:

Post a Comment