21 February 2011

Bengkel Capoeira


Bagi anda penggemar seni mempertahankan diri dari Brazil, Capoeira, ini adalah berita baik untuk anda semua. Satu bengkel Capoeira akan diadakan bertempat di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor pada 5 dan 6 Mac 2011, bermula jam 10:00 pagi hingga 1:00 tengahari. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 50.00.

Bengkel yang dikendalikan oleh Capoeira Camara Malaysia ini akan mengajar anda tentang Rodas dan gaya Regional dan Angola. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hantarkan emel ke farezza311@gmail.com atau layari fan page Capoeira Camara Malaysia di facebook dan juga di laman web rasmi Capoeira Camara Malaysia.

..

20 February 2011

KEJOHANAN SKUASY MSSJ 2011

Kejohanan Skuasy MSSJ 2011
Tempat : Mercure Resort, Senai, Johor
Tarikh : 18 - 20 Februari 2011

Kejohanan Skuasy MSSJ 2011 telah diadakan pada 18hb hingga 20hb Februari 2011 bertempat di Mercure Resort, Senai, Johor dengan jumlah penyertaan sebanyak 130 orang atlet dari seluruh daerah Negeri Johor. Sepanjang kejohanan ini, atlet-atlet di setiap daerah telah menunjukkan pelbagai aksi dan teknik kemahiran yang memuaskan untuk bersaing antara satu sama lain. Namun, atlet daerah Johor Bahru tetap mempertahankan kejuaraan mereka apabila menjadi Juara Keseluruhan bagi kejohanan tersebut. 

Di kejohanan ini, atlet lelaki dari Ledang, Tangkak lebih menguasai kategori lelaki apabila 2 orang atlet telah menjuarai Under 15 dan Under 17 iaitu adik Asyraf Izhar Bin Rosli dan Mohd Azfar Bin Noordin. Perlawanan sengit apabila adik Asyraf Izhar yang masih muda (13 Tahun) telah bersaing dengan adik Ahmad Irfan (15 Tahun) di pusingan akhir dengan kemenangan 3-2 amat mengejutkan. Ini membuktikan umur bukan dijadikan ukuran dalam Sukan Skuasy namun teknik dan kemahiran yang baik perlu ditekankan dalam program latihan bagi peningkatan prestasi atlet-atlet.

Bagi kategori wanita, atlet daerah Johor Bahru lebih menguasainya berbanding atlet-atlet daerah lain. Contoh adik Nur Sara Halisha Binti Halim telah menunjukkan prestasi permainan yang sangat baik dan meningkat berbanding tahun 2010. Di samping itu, kejohanan ini menjadi lebih menarik apabila adik Thoo Jun Yi dari Perlis telah berpindah ke Johor dan buat pertama kalinya menyertai kejohanan di Johor bersama atlet-atlet lain bertemu dengan adik Ahmad Sufyan Bin Rusli di pusingan akhir kategori lelaki Under 12. Persaingan sengit ditunjukkan kedua-dua atlet ini kerana mereka merupakan Top 8 CIMB Rising Stars pada tahun 2010 yang lalu. Ini telah memberi satu impak persaingan antara adik Ahmad Sufyan dan Thoo Jun Yi. 

Di samping itu, satu pujian diberikan kepada guru-guru terlibat serta ibu bapa atlet yang sering memberi sokongan kepada atlet-atlet muda ini sepanjang kejohanan tersebut dan dalam pembentukan pembangunan Sukan Skuasy Negeri Johor. Semoga kerjasama ini dapat dikekalkan dan berterusan di Negeri Johor.

Pemenang-pemenang Sukan Skuasy MSSJ 2011


1. Under 12 Boys   - Thoo Jun Yi (JB)
2. Under 15 Boys   - Asyraf Izhar Bin Rosli (Ldg)
3. Under 17 Boys   - Mohd Azfar Bin Noordin (Ldg)
4. Under 12 Girls   - Nur Sara Halisha Binti Halim (JB)
5. Under 15 Girls   - Fakhrani Arinah Binti Asril (JB)
6. Under 17 Girls   - Aqilah Binti Shamsul Azhar (JB)

14 February 2011

JADUAL SIRKIT REMAJA JOHOR 2011 DAN RESULT SIRKIT 1


Pada 5 Febuari 2011 yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Sirkit 1 Remaja Johor 2011 di Ampang Superbowl Leisure Mall. Terdapat seramai 106 orang penyertaan dari seluruh negeri Johor. Tahniah kepada para pemenang dan bagi yang tidak berjaya teruskan usaha anda dengan gigih. Terima kasih diucapkan kepada ibu-bapa yang telah memberi kerjasama sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Dengan ini kami lampirkan keputusan bagi Kejohanan Bowling Sirkit 1/2011.

  1. KEPUTUSAN SIRKIT 1/2011 (CLICK HERE)
  2. ALBUM (CLICK HERE)

11 February 2011

PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL MUAR

PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL MUAR,JOHOR

Tarikh: 2/2/2011
Masa: 4.00 Petang
Tempat: PLN Berbasikal Muar


Pada 2hb Februari 2011 yang lalu PPN telah meluangkan sedikit masa datang memantau PLN berbasikal Muar.Pemantauan ini dilakukan pada hari rabu petang dan disertai Jurulatih separuh masa En.Firdaus Bin Daud.Para atlet yang datang membuat latihan menunjukkan minat dan berlatih bersungguh sungguh semasa latihan.Saya mengucapkan syabas kepada JSM yang melatih atlet dengan bersungguh sungguh serta sokongan ibu bapa atlet yang turut serta dalam latihan mereka.Syabas!


Antara perkara yang berbangkit semasa perbincangan ini adalah PLN kekurangan basikal trek diharap MSN dan MSNJ dapat membantu.



01 February 2011

8th - KFC- LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2011

8th KFC Langkawi International Regatta Perdana 2011 telah diadakan pada 25hb hingga 29hb Januari 2011 bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah. Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia, Malaysia Yatching Association (MYA) dan Persatuan Pelayaran Kedah. Antara kategori yang dipertandingkan adalah sepertimana berikut :

1. Optimis A (lahir pada tahun 1996 menjadi 1998)
2. Optimis B (lahir pada tahun 1999 menjadi 2000)
3. Optimis C (lahir pada tahun 2001 dan selepas)
4. Laser Radial
5. Laser Standard
6. Laser 4.7 (Under 17)
7. Inter 420
8. Inter 4.7
9. Wind Surfing

Pada kejohanan kali ini, hanya 3 orang yang menyertainya dari Pelapis Negeri Johor iaitu adik Mohd Ahda Bin Jamil, Mohd Farhan Bin Kamardin dan Hakim Bin Wagiman Sarmin dipantau oleh En. Nordin selaku pengurus dan Mohd Fadzley Bin Abd. Aziz (JPM). Walaupun dengan hanya 3 orang atlet sahaja, namun Pelapis Negeri Johor telah menunjukkan prestasi yang baik dengan meraih 2 Perak dan 1 Gangsa. Ini menunjukkan bahawa prestasi atlet yang menyertai kejohanan ini bukan bergantung kepada kuantiti semata-mata tetapi kualiti yang diberikan oleh mereka amat baik.

KEPUTUSAN

Sekian, terima kasih