29 August 2012

09 August 2012

Pemantaun Latihan Terjun

Tarikh : 8 Ogos 2012

   Masa : 8.30-10.00 malam

 Tempat : Kolam Renang MBJB Larkin

 Atlet : 16 orang 

Pada bulan Ramadhan ini ibubapa telah meminta agar latihan dapat dijalankan pada waktu malam agar atlet dapat menjalankan ibadah puada pada waktu siang. Latihan malam dijalankan pada jam 8.30-10.00 malam. Selepas Hari Raya Aidilfitri waktu latihan akan berjalan seperti biasa.






07 August 2012

PEMANTAUAN PLN TERJUN JOHOR

Tarikh : 4 & 6 Ogos 2012
Masa : 8.30-10.00 pagi / 3.30-5.30 petang
 Tempat : Kolam Renang MBJB Larkin/ Stadium Larkin
 Atlet : 17 orang

Bermula 4 Ogos yang lagu, PLN Terjun Johor telah mula menjalankan latihan bersama Jurulatih dari luar negara iaitu Mr Xu Ji. Kehadiran jurulatih tersebut telah memberi satu semangat baru kepada semua para atlet Terjun Negeri Johor. Semoga dengan kehadiran beliau ke negeri Johor dapat melahirkan atlet terjun yang berpotensi mewakili negeri dan negara pada masa akan datang.










06 August 2012

Pemantauan PLN Olahraga - Muar


Tarikh : 3hb Ogos 2012
Masa : 4.00PM
Tempat : PLN Olahraga Johor / Stadium Sultan Ibrahim Muar
Jurulatih : Tuan Hj. Yusof Bin Khalid
En. Md Shah Bin Md. Noh

Pada 3hb Ogos 2012 lalu pemantauan dan perbincangan telah dilakukan bersama JSM . Semasa pemantauan dilakukan ,pada bulan puasa ini tiada latihan dilakukan di stadium berkenanan tetapi latihan dilakukan seperti biasa di dalam gym .Pada hari berkenaan banyak perkara telah diperbincangkan bersama JSM dan diantaranya pertandingan seterusnya akan datang.Selain Itu JSM memohon bantuan peralatan seperti free weight bagi membantu dalam program latihanya.Diharap usaha dan kesungguhan jurulatih berkekalan,syabas.




Pemantauan PLN Berbasikal Johor - Muar

Tarikh : 3hb Ogos 2012
Masa : 3.00 PM
Tempat : PLN Berbasikal Johor
Jurulatih : JSM - En. Fuad Bin Daud

Pada 3hb Ogos 2012 lalu pemantauan dan perbincangan telah dilakukan berbsama JSM En. Fuad Bin Daud di PLN Berbasikal Johor. Semasa pemantauan dilakukan ,tiada latihan dilakukan pada berkenanan dan atlet diberi rehat.Pada hari berkenaan banyak perkara telah diperbincangkan bersama JSM dan diantaranya pertandingan seterusnya akan datang. Selain itu saya mengambil pelung untuk melihat keadaan PLN .Kabin yang dijadikan tempat rehat atlet dan gym semakin uzur. Kelulusan telah diterima dan proses seterusnya adalah mendapatkan kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih.