SUKAN : ANGKAT BERAT
TARIKH: 28HB JANUARI 2016
NAMA : EDZAMRY BIN AMBIA
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MSN JOHOR
JURULATIH : NORSYAHIDA BT ABD HALIM
KEHADIRAN : 11 ORANG
Pada 28hb Jan 2016 yang lalu,USPTN Johor melalui MSN Johor telah mengadakan satu mesyuarat JKK Sukan Angkat Berat. Mesyuarat Ini adalah dilaksanakan bertujuan membentangkan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 serta bagi membincangkan perlaksanan penambahbaikan serta perancangan bagi tahun 2016.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor Tuan Haji Radzi Bin Hj. Muhd Amin. Majlis mesyuarat JKK ini telah dihadiri oleh wakil President Angkat Berat Negeri Johor Negeri Johor iaitu En. Mohamad Aris B. Mohamad Dol serta setiausaha kerja beliau En.Roslan Othman turut hadir pada mesyuarat ini.selain itu wakil dari JPN Johor juga turut hadir iaitu Puan Zulika Bt Abdullahserta wakil-wakil dari Unit SUKMA Johor,Unit Gemilang, Unit Pembangunan MSNJ serta ISN Johor seterusnya jurulatih Angkat Berat Johor. Banyak perkara yang telah di bincangkan,dirancang dan penambahbaikan dirangka bagi tahun 2016,Diharap kerjasama erat dapat dilaksanakan pada setiap unit ,jabatan dan antara persatuan dapat dilaksanakan dengan baik insyallah.
Sekian,Terima Kasih.
LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR