LATIHAN TINDIK DI KEM BAKAT TERJUN 2011
TEMPAT : PUSAT AKUATIK BUKIT JALIL
TARIKH : 29 Nov - 3 Dis 2011.
ATLET : 10 ORANG
Pada 29 November yang lalu, sebuah program Latihan Tindik Sukan Terjun telah diadakan di Pusat Akuatik Bukit Jalil. Program latihan tindik tersebut diadakan sempena Kem Bakat Terjun yang diadakan untuk atlet terjun dari Group A dan B dari seluruh negeri. Berikutan atlet Johor terdiri daripada atlet baru maka program latihan tindik ini dibuat bagi memberi pendedahan kepada mereka serta memberi peluang kepada jurulatih untuk menjalankan latihan di Pusat Akuatik yang mempuanyai kelengkapan yang boleh dikatakan lengkap seperti Dry Gym dan sebagainya.
Program tersebut berjalan selama 5 hari dan latihan dijalankan 2 kali sehari, pagi dan petang. Manakala pada sesi malam aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat Pemakanan serta Psychology dalam sukan terjun. Malam seterusnya aktiviti dipenuhkan dengan sesi tayangan video dengan mempertontonkan mereka dengan Filem " SMURF" bagi mengurangkan sedikit rasa penat mereka setelah penat berlatih.
Pada hari terakhir pula sebuah Mini Competition telah diadakan untuk Kategori atlet Group B dan hanya seorang atlet dari negeri Johor yang layak menyertai Mini Competition tersebut.
Malam terakhir pula atlet Johor telah dibawa ke I-City bagi memberi peluang mereka bersuka ria setelah peant menajalani latihan serta dapat menghilangkan rasa rindu mereka terahadap Ibubapa mereka yang jauh.
Alhamdulillah, pada 3 Disember 2011 kami telah selamat samapi ke Johor Bharu tepat pada jam 11 malam dan atlet telah selamat sampai ke pangkuan ibubapa mereka.
No comments:
Post a Comment