TARIKH : 15 SEPTEMBER 2012
MASA : 9.00-11.00 PAGI
ATLET : 14 ORANG
Pada 15 September 2012 yang lalu, satu Ujian Pemilihan atlet terjun group B telah diadakan. Tujuan pemilihan ini diadakan semula bagi menggugurkan atlet yang tidak mencapai tahap prestasi yang memenuhi kehendak jurulatih sedia ada. Sebanyak 11 jenis ujian yang telah dijalankan iaitu di darat dan di air. Berikut adalah jenis ujian yang telah dijalankan:-
Dryland:
1. Double Jack 10x
2. Handstand
POOL:
1. Lompat Depan (A.B.C Position)
2. Lompat Belakang (A.B.C Position)
1 Meter Springboard:
1. Lompat Depan
2. Drop/entry
3 Meter Springboard
1. Lompat Depan
Setelah ujian dijalankan, keputusan rasmi dikeluarkan sehari selepas itu. Semua ibubapa menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka walaupun ada yang tidak berpuas hati. Keputusan keseluruhan adalah di tangan jurulatih sediaada (Xu Ji). Seramai 10 orang telah terpilih untuk menjalani program Pelapis yang seterusnya dan 5 orang terpaksa digugurkan. Namun ibubapa atlet yang terpilih telah diingatkan bahawa prestasi atlet akan dipantau oleh jurulatih dari masa ke semasa dan diminta agar semua ibubapa dapat memberi komitmen dalam menghantar atlet ke latihan tepat pada waktu dan tidak ponteng latihan tanpa sebab yang kukuh.
Diharap dengan perlaksanaan program yang berteusan ini dapat membangunkan sukan terjun di Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment