06 September 2015

YOUTH COMMONWEALTH GAMES 2015 - TAHNIAH & SEMOGA BERJAYA ADIK MUHAMMAD ASHRI HAZREEN BIN MOKHTAR

USPTN Johor bersama MSN Johor & Persatuan Tinju Amatur Negeri Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik MUHAMMAD ASHRI HAZREEN BIN MOKHTAR atlet Pelapis Negeri Johor kerana telah berjaya dipilih mewakili Negara Malaysia dalam sukan Tinju ke temasya Kejohanan Commonwealth Youth Games 2015 di Samoa pada 5-11 September 2015. Ini merupakan kejayaan yang membanggakan bagi USPTN Johor bagi tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada jurulatih Muhammad Farid Bin Abdul Rahman dan Muhammad Zaki Bin Hamid serta Azme Bin Abdul Rahman yang banyak memberi tunjuk ajar kepada atlet-atlet kita.Tahniah & teruskan mengharumkan nama Negeri Johor seterusnya Negara Malaysia ,semoga adik Ashri membawa pulang pingat kejayaan & semoga berjaya!

Profile Atlet:

Nama: Muhammad Ashri Hazreen Bin Mokhtar
Kejohanan: Commonwealth Youth Games 2015 - Samoa
PLN: PLN Tinju, Johor.
Acara: Sukan Tinju
Sekolah : SMK Anjung Batu,Mersing,Johor







LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR

No comments:

Post a Comment