07 December 2015

JOHOR - MESYUARAT JKK 2015 / PERJUMPAAN JSM - 6HB DISEMBER 2015

SUKAN : TINJU

TARIKH: 6HB DISEMBER 2015

NAMA : EDZAMRY BIN AMBIA

MASA : 11.00 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT MSN JOHOR

JURULATIHJSM : AZME BIN ABD RAHMAN
         MUHD FARID BIN ABD RAHMAN

KEHADIRAN : 11 ORANG

Pada 6hb Dis 2015 yang lalu,USPTN Johor melalui MSN Johor telah mengadakan satu mesyuarat JKK Sukan Tinju. Mesyuarat Ini adalah  dilaksanakan bertujuan membentangkan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 serta bagi membincangkan perlaksanan penambahbaikan serta perancangan bagi tahun 2016.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia & Sukan Negeri Johor En.Mohammad Syafiq bin Hassan mewakili Pengarah MSN Johor yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi iaitu menghadiri majlis kemangkatan Tengku Laksaman Johor yang mangkat hari sebelumnya. Majlis mesyuarat JKK ini telah dihadiri oleh President Tinju Amatur Negeri Johor iaitu Tuan Hj. Kamal Bin Hj Ismail serta setiausaha kerja beliau En.Muhammad Hashim Muhd Yusoff turut hadir pada mesyuarat ini.selain itu wakil dari JPN Johor juga turut hadir iaitu En. Abdul Razak Bin Ali serta wakil-wakil dari Unit SUKMA Johor,Unit Gemilang, Unit Pembangunan MSNJ serta ISN Johor seterusnya jurulatih Tinju Johor. Banyak perkara yang telah di bincangkan,dirancang dan penambahbaikan dirangka bagi tahun 2016,Diharap kerjasama erat dapat dilaksanakan pada setiap unit ,jabatan dan antara persatuan dapat dilaksanakan dengan baik insyallah.

Sekian,Terima Kasih.

LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR


 



No comments:

Post a Comment