..
11 November 2013
Pemantauan Persiapan Ke Kejohanan Gimnastik SportExcel dan Terbuka Kebangsaan
..
KEJ 10 PIN BOWLING REMAJA TERUTUP NEGERI JOHOR U12, 13-14 THN & 15-16 THN
Program : Penganjuran Kejohanan 10 Pin Bowling Remaja tertutup Johor 2013
Tarikh : 2 Nov 2013
Tempat : Dynamic Bowl, Danga City Mall JB
Pada 2 Nov yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor telah mengadakan Kejohanan 10 Bowling Remaja Tetutup Johor bertempat di Dynamic Bowl Danga City Mall Johor Bahru Johor. Penganjuran ini melibatkan 3 kategori peringkat umur pertandingan iaitu bawah 12 tahun, 13-14 tahun & 15-16 tahun lelaki dan perempuan. pemganjuran kali ini telah menarik minat peserta dari seluruh daerah negeri Johor yang mana melibatkan seramai 99 org penyertaan keseluruhan..
Berikut adalah pemenang mengikut kategori peringkat umur yang dipertandingkan
bawah 12 tahun Lelaki
Johan - muhd afif ozaini ( JB/ Pelapis Johor)
bawah 12 tahun perempuan
Johan - Emily Deanisa Bt Mohd Fadli ( Pasir Gudang)
13-14 tahun Lelaki
Johan - Mohd Azri Azni ( Kluang /Pelapis Johor
13-14 perempuan
Johan - Nor Fakhira Bt Rahmat ( Pasir Gudang / Pelapis Johor)
15-16 tahun lelaki
Johan -Mohd Zami Bin Zulkifle ( K. tinggi/ Pelapis Johor
15-16 tahun perempuan
Johan - Siti Nurhana Bt Mansor ( Batu Pahat)
08 November 2013
PENGANJURAN PROGRAM "TALENTSPOT" 2013 BAGI SUKAN MEMANAH, OLAHRAGA & SEPAK TAKRAW
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara bersama Majlis Sukan Negeri Johor Melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor akan menganjurkan Program "TALENTSPOT" 2013 yang melibatkan 3 jenis sukan iaitu Memanah, Olahraga & Sepak Takraw seperti ketetapan di bawah:-
Tarikh : 29, 30 November & 1 Disember 2013
Tempat : Sekolah Menengah Tun Hussein Onn (OLAHRAGA)
Stadium Kluang (SEPAK TAKRAW)
SK Kluang Barat, Kluang. (MEMANAH)
Oleh yang demikian pentadbiran ini MENJEMPUT mana-mana SEKOLAH dan KELAB-KELAB/INDIVIDU yang berminat untuk menyertai program tersebut. Syarat-syarat penyertaan bolehlah DIMUATURUN pada lampiran peraturan pertandingan seperti di bawah.
PROGRAM "TALENTSPOT" merupakan pendekatan baru Cawangan Pengurusan Acara, MSNM dalam mencungkil bakat-bakat baru melalui pertandingan di seluruh Negara.
MUATURUN PERATURAN PERTANDINGAN SEPERTI DI BAWAH:-
1. PERATURAN MEMANAH (CLICK HERE)
2. PERATURAN OLAHRAGA (CLICK HERE)
3. PERATURAN SEPAK TAKRAW (CLICK HERE)
MUATURUN BORANG PENDAFTARAN SEPERTI DI BAWAH:-
1. BORANG PENDAFTARAN MEMANAH (CLICK HERE)
2. BORANG PENDAFTARAN OLAHRAGA (CLICK HERE)
3. BORANG PENDAFTARAN SEPAK TAKRAW (CLICK HERE)
JADUAL PROGRAM MENGIKUT SUKAN:-
31 October 2013
KEJOHANAN MEMANAH ZON SELATAN 02/2013
Kejohanan ini mendapat sambutan dari tiga negeri daripada zon selatan iaitu Negeri Sembilan , Johor dan Melaka sebagai tuan rumah
Dianggarkan seramai 50 atlet yang terlibat di dalam kejohanan yang di anjurkan ini. Kehadiran daripada Ketua Unit USPTN Melaka , Wakil dari Persatuan Memanah Negeri Melaka , Pegawai pembangunan Negeri memeriahkan lagi acara ini.
Format pertandingan yang digunakan adalah double 50m dan double 30m
Berikut adalah keputusan hasil daripada Kejohanan Zon Selatan 02/2013
Lelaki Jarak 50m
Johan -Rafiq Azmi (Johor)
Naib Johan - Mohd Syamim Yazid ( Negeri Sembilan)
Ke 3 -Rafiuddin Azmi (Iskandar)
Lelaki Jarak 30m
Johan - Rafiuddin Azmi (Johor)
Naib Johan - Mohd Syamim Yazid ( Negeri Sembilan)
ke 3 - Rafiq Azmi (Johor)
Perempuan Jarak 50m & 30m
Johan - Nur Aqilah bte Khairul (Johor)
Naib Johan - Mimi Raihan binti Yazid ( Negeri Sembilan)
Ke 3 - Ili Munirah bte Mazlan ( Negeri sembilan)
Atlet johot yang terlibat
1) Zulqarnain Zaidi ( Smk Paduka Tuan )
2) M Amin Bin Abdul khalil ( Smk Gemereh )
3) M Zaid bin Sahar Azmi (Smk Paduka Tuan)
4) M Zaki Bin Zaidi ( Smk Paduka Tuan)
5) M Rafiq Azmi ( SM Sains Sultan Iskandar)
6) M Rafiuddin ( SM Sains Sultan Iskandar)
7) Nuraqilah Bte Khairul ( Sstmi )
30 October 2013
KEJOHANAN SKUASY PIALA ONG BENG HEE & NICOL ANN DAVID 2013
Berikut adalah nama atlet dan pencapaian mereka semasa menyertai kejohanan tersebut
1) Ahmad Suffyan Bin Rusli ( 12 Tahun )
Individual : Rank 6/30 Category Elite
Teams : Rank 11/13
2) Muhammad Nurhakim Bin Eimran ( 11 Tahun)
Individual : Rank 15/30 Category Development
Teams : Rank 11/13
3) Muhamad Khairi Bin Hassim ( 11 Tahun )
Individual : Rank 16/30 Category Development
Teams : Rank 11/13
4) Adam Syamil Bin Azlan ( 12 Tahun )
Individual : Rank 0/30 Category Development
Teams : Rank 11/13
Tahniah diucapkan kepada atlet pelapis johor iaitu Ahmad Suffyan Bin Rusli kerana beliau telah terpilih untuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2014
KEJOHANAN MEMANAH TERTUTUP JOHOR 01/2013
Kejohanan ini terbuka kepada semua sekolah yang berada di dalam negeri Johor dan dikenal pasti 10 daerah didalam negeri Johor iaitu Johor Bahru , Mersing , Segamat , Batu Pahat , Pontian , Ledang , Kota Tinggi . Muar , Kulai dan Kluang .
Objektif utama Kejohanan ini adalah untuk mencari Atlet yang layak untuk mewakili pasukan Johor didalam Temasya Sukan Malaysia pada tahun 2014 dan pelapis negeri di mana pada perbincangan bersama semua pihak , 3 kategori atlet berdasarkan skoring akan dibuat iaitu
-Kategori 1 Skoring atas 1100 - Layak untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja , Kebangsaan dan Sukma
-Kategori 2 Skoring atas 800 - 1099 -Layak untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja dan Kebangsaan
-Kategori 3 Skoring bawah 800
Keputusan Kejohanan
Kategori Lelaki bawah
Johan -M Rafiuddin ( SM Sains Sultan Iskandar)
Naib Johan - Rafiq Azmi ( SM Sains Sultan Iskandar)
Ke 3 - Goh Jin Yu ( Sekolah Dato' Jaafar )
Kategori Perempuan
Johan - Caryn Sim Zia Ling ( Smk Pelangi Indah )
Naib Johan - Siti Aisyah Rothmans ( SM Sains Sultan Iskandar)
Ke 3 - Nurul Az Azaharah Abd Jamal ( SM Sains Sultan Iskandar)
Kejohanan dalaman ini akan diteruskan untuk memilih bakat - bakat baru yang ada pada setiap daerah di Negeri Johor untuk memastikan atlet dapat menyertai dan mendapat pendedahan selaian daripada kejohanan MSSM iaitu Kejohanan di peringkat remaja dan kebangsaan
























