30 October 2013

KEJOHANAN MEMANAH TERTUTUP JOHOR 01/2013

Pada 18 , 19 dan 20 Oktober yang lalu , Kejohanan Tertutup Johor telah diadakan di Lapang Sasar Memanah Larkin , Johor . Kejohanan ini adalah hasil dari kerjasama daripada Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri johor , Majlis Sukan Negeri Johor , Persatuan Memanah Negeri Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri .

Kejohanan ini terbuka kepada semua sekolah yang berada di dalam negeri Johor dan dikenal pasti 10 daerah didalam negeri Johor iaitu Johor Bahru , Mersing , Segamat , Batu Pahat , Pontian , Ledang , Kota Tinggi . Muar , Kulai dan Kluang .

Objektif utama Kejohanan ini adalah untuk mencari Atlet yang layak untuk mewakili pasukan Johor didalam Temasya Sukan Malaysia pada tahun 2014 dan pelapis negeri di mana pada perbincangan bersama semua pihak , 3 kategori atlet berdasarkan skoring akan dibuat iaitu

-Kategori 1 Skoring atas 1100 - Layak untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja , Kebangsaan dan Sukma

-Kategori 2 Skoring atas 800 - 1099 -Layak untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja dan Kebangsaan

-Kategori 3 Skoring bawah 800

Keputusan Kejohanan

Kategori Lelaki bawah

Johan -M Rafiuddin ( SM Sains Sultan Iskandar)
Naib Johan - Rafiq Azmi ( SM Sains Sultan Iskandar)
Ke 3 - Goh Jin Yu ( Sekolah Dato' Jaafar )

Kategori Perempuan

Johan - Caryn Sim Zia Ling ( Smk Pelangi Indah )
Naib Johan - Siti Aisyah Rothmans ( SM Sains Sultan Iskandar)
Ke 3 - Nurul Az Azaharah Abd Jamal ( SM Sains Sultan Iskandar)

Kejohanan dalaman ini akan diteruskan untuk memilih bakat - bakat baru yang ada pada setiap daerah di Negeri Johor untuk memastikan atlet dapat menyertai dan mendapat pendedahan selaian daripada kejohanan MSSM iaitu Kejohanan di peringkat remaja dan kebangsaan














No comments:

Post a Comment