17 October 2013

PENGENALAN SUKAN MEMANAH DI SMK AMINUDIN BAKI

Pada 25 September 2013, Unit Sukan Prestasi Tinggi Johor dan Persatuan Memanah Johor telah menjalankan 1 program pengenalan Sukan Memanah kerjasama bersama Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Sekolah yang terlibat dalam program ini ialah:-

SMK Aminudin Baki , Johor

Program pengenalan sukan memanah ini bertujuan untuk mencari bakat baru dalam sukan memanah memandangkan SMK SAB pernah mempunyai kelab memanah , dan disebabkan stor peralatan yang terbakar , kelab memanah sekolah tersebut tidak lagi aktif . Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti TID fasa kedua yang dijangka akan berlangsung pada bulan November atau Disember .
Aktiviti yang dijalankan ialah memperkenalkan kepada pelajar – pelajar tentang sukan memanah dan kelebihan menyertai program pelapis negeri johor.Selain itu , pelajar jugak di beri peluang untuk melihat dengan lebih dekat peralatan memanah dan diberi penerangan khas tentang alatan tersebut

Pelajar yang berminat daripada program tersebut  , akan berlatih di PLN Johor Bahru Larkin . Kerjasama daripada pihak sekolah amat memberangsangkan dan mereka menyambut baik program yang dianjurkan ini.

Terima kasih kepada pihak sekolah dan juga individu-individu yang terlibat kerana bersama-sama menjayakan program pengenalan sukan memanah ini . 

1) En Azizul Khairi Bin Tajuddin
Jurulatih Penuh Masa Sukan Memanah

2) En Zarul Azlan Bin Mohd Hamdan
PPN Sukan Memanah

Sekian Terima Kasih





No comments:

Post a Comment