19 September 2011

KLINIK PENGENALAN TERJUN BERSAMA IBUBAPA & ATLET


Alhamdulillah, pada 17 September 2011 (Sabtu) yang lalu, sebuah Klinik Pengenalan Terjun telah pun berjaya dijalankan. Dengan kehadiran seramai 21 orang atlet dan hampir 30 orang ibu-bapa yang hadir, klinik tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Klinik telah bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan pendaftaran atlet serta ibubapa kemudian diberi bersarapan di cafe Stadium sebelum program seterusnya dimulakan. tepat jam 8.45 pagi klinik diteruskan dengan pembentangan dari Pegawai Pembangunan Negeri bagi sukan terjun iaitu Cik Siti Radziah Abd Sahar. Di dalam pembentangan, beliau menerangkan hala tujun serta objektif Pelapis Johor bagi sukan terjun. Beliau juga menerangkan keperluan-keperluan yang diperlukan oleh atlet baru untuk mula menjalani latihan kelak. Ibu-bapa juga diberi penekanan berkenaan komitmen, keselamatan, serta diminta memberi galakkan kepada anak-anak untuk aktif di dalam aktivit sukan. Cik radziah juga ada menerangkan Dasar 1 Murid 1 Sukan di mana dasar tersebut selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dengan strategi "Sukan Untuk Semua" & "Sukan Untuk Kecemerlangan".

kemudian tepat jam 9.30 pagi klinik tersebut diselitkan dengan sedikit kata-kata ucapan serta perangsang oleh Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri iaitu En Hafiszal B Tukemin. Beliau amat berharap agar dengan adanya klinik seperti ini sukan terjun di negeri Johor dapat dibangunkan.

Seterusnya klinik diteruskan lagi dengan pembentangan dari En Radzif selaku jurulatih sambilan sukan terjun di negeri Johor. Di dalam pembentangan beliau pula, beliau menerangkan peralatan yang digunakan serta acara-acara yang dipertandingkan bagi sukan terjun. Beliau juga menerangkan beberapa "basic position' dalam sukan terjun sebagai info pengenalan terjun. Selepas penerangan beliau klinik diteruskan lagi dengan pembentangan dari Jurulatih yang diimport dari negeri Perak iaitu En Aznizal B Najib. Beliau dipanggil ke klinik ini adalah untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjalankan program latihan yang berkesan di negeri Perak. Beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi atlet. Ini adalah sebagai perangsang kepada atlet serta ibubapa untuk terus menceburi suakn terjun.

Tepat jam 12 pula atlet dan ibubapa diminta untuk ke Kolam Renang MBJB Larkin untuk membuat sesi praktikal serta melihat demo terjunan dari atlet senior. Kelihatan atlet begitu teruja setelah melihat kolam tersebut namun atlet hanya dibenarkan berada di tepo kawasan kolam sahaja bagi memastikan keselamatan mereka terjamin memandangakn kesemua masih lagi tidak boleh berenang. Di sana atlet diperlihatkan dengan peralatan terjun iaitu Springboard, Platform, Harness dan Trampoline. Atlet sempat membuat sedikit latihan regangan serta beberapa bentuk latihan terjun. Kemudian cuaca di kolam renang agak tidak mengizinkan kerana mula kedengaran petir dan kilat dan sesi praktikal di kolam renang terpaksa dihabiskan tepat jam 12.30 tghri. Kemudian atlet serta ibubapa dijemput untuk makan tengahari di cafe stadium sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Latihan seterusnya akan dijalankan bermula pada 24.09.2011 (Sabtu) untuk atlet baru. Diharap dengan menjalankan klinik ini dapat memberi pendedahan baru kepada atlet dan ibubapa serta membuka mata ibubapa untuk memberi komitmen yang tinggi untuk anak-anak mereka. Segala usaha yang dilakukan adalah untuk mepertingkatkan sukan terjun Johor ke peringkat yang lebih tinggi. Insya'allah.

Ucapan Ketua Unit & Pembentangan Jurulatih




Ibubapa & atlet yang hadir.


Sesi Demo & Praktikal di Kolam Renang MBJB Larkin.



No comments:

Post a Comment