25 September 2011

SESI LATIHAN TERJUN GROUP B

 SUKAN: TERJUN
PLN: KOLAM RENANG MBJB LARKIN
TARIKH : 24 & 25 SEPTEMBER 2011
JURULATIH: MOHD RAZIF
ATET HADIR : 23 0RANG

Susulan dari Klinik Terjun pada 17 September 2011 yang lalu, latihan pertama terjun untuk group B telah mula dijalankan pada 24 & 25 September 2011. Seperti yang telah dimaklumkan kepada ibubapa latihan untuk group B hanya dijalankan pada hari Sabtu & Ahad sahaja. Alhamdulillah seramai 23 orang atlet yang telah hadir pada hari latihan tersebut. Ibubapa amat memberi kerjasama dengan menghantar anak mereka tepat pada waktu latihan yang diberi.

Latihan telah bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Jurulatih telah dibantu oleh Pegawai Pembangunan Negeri (Cik Siti Radziah) bagi menjalankan sesi latihan tersebut. Ini bagi memastikan keselamatan atlet terjaga memandangkan kuantiti atlet yang agak ramai tidak dapat dikawal dengan seorang jurulatih sahaja terutamanya sewaktu di dalam kolam.

Pada awal latihan jurulatih telah membuat 'warming up' sebelum menjalankan sesi latihan yang seterusnya. Kemudian atlet diberikan latihan rengangan bagi membentuk kelembutan badan mereka. Bagi menarik minat atlet baru ini, jurulatih tidak terlalu memberi tekanan latihan kepada atlet. Pada awal latihan ini atlet kelihatan begitu teruja untuk turun ke kolam renang dan jurulatih amat memahami mereka lalu meneruskan latihan dengan sesi pembelajaran renang di kolam renang yg cetek. Cik Siti Radziah telah turut membantu dalam sesi pembelajaran berenang tersebut. Ini kerana Kumpulan ini dibahagikan kepada dua untuk memudahkan jurulatih memberi arahan serta tidak mengganggu pengguna lain di kolam tersebut. Tepat jam 11.00 pagi latihan tamat dan Cik Siti Radziah serta jurulatih telah menunggu sehingga ibubapa mengambil anak mereka dari kolam tersebut. Latihan seterusnya akan disambung pada minggu hadapan.


Atlet menunjukkan komitmen dan fokus yang tinggi semasa latihan.


Jurulatih amat memberi kerjasama yang tinggi.




PPN membantu sewaktu sesi pembelajaran berenang.
latihan regangan.




Jurulatih membawa atlet ke Platform 10 meter bagi menguji keberanian atlet.

jurulatih memberi sedikit briefing semasa membuat latihan regangan.

No comments:

Post a Comment