Program : Pemakanan & Psychology
Pegawai : Puan Azura Nasir (Psychology),
Cik Durrah Ramli (Pemakanan)
Tarikh : 22 Oktober 2011
Tempat : Bilik Relaksasi Pusat Satelit ISN Larkin.
Pada program ini atlet telah diperkenalkan tentang Pemakanan sebagai seorang atlet. Berikutan atlet terdiri daripada umur bawah 12 tahun. Mereka lebih didedahkan dengan bermain mini games yang telah disediakan oleh Cik Durrah Ramli. Atlet kelihatan amat seronok dengan aktiviti yang diberi.
Kemudian atlet juga diberi penekanan berkenaan keyakinan diri untuk bercakap atau berkomunikasi. Aktivtit tersebut telah dijalankan oleh Puan Azura selaku Pegawai Psychology ISN. Atlet amat menunjukkan respon yang memberangsangkan. Atlet juga telah diberi beberapa task dalam kumpulan untuk mereka selesaikan.
Tepat jam 10.30pagi kedua-dua aktiviti tersebut tamat dengan jayanya. Terima kasih kami ucapkan kepada Pegawai dari Pusat Satelit ISN Larkin di atas kerjasama yang diberi. Moga jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan bagi meningkatkan lagi sukan di Malaysia.
Nice to meet da divers.Bile bole join melawat training kat pool? :D
ReplyDeleteTQ to Cik Durrah, kami training on weekend sabtu dan ahad, if free dtg la melawat kami..but dis week cuti coz raya haji...
ReplyDelete