17 January 2012

Kej Badminton Remaja Tertutup Johor 2011

Pada 29 Dis 2011 - 1 Januari 2012 yang lepas persatuan badminton negeri Johor dan USPTN Johor telah mengadakan kejohanan badminton Remaja Tertutup Johor 2011 Bertempat di Dewan PBJ Larkin Johor Bahru. Kejohanan ini telah Berjaya dilaksanakan dengan jumlah penyertaan seramai 275 orang lelaki dan perempuan Dari seluruh negeri Johor. Kejohanan ini melibatkan 4 categori umur iaitu bawah 11, 13 , 15 Dan 17 tahun perseorangan Dan bergu lelaki Dan perempuan. Kejohanan ini bertujuan bagi memilih atlet mewakili negeri Johor di Kejohanan Remaja kebangsaan 2012. Selain itu juga Kejohanan bertujuan bagi memilih atlet program pelapis 2012. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pengarah majlis Sukan negeri Johor Tn Hj Ramli Bin Abdul Rahman Dan Presiden Persatuan Badminton Negeri Johor TN Hj Abd Rahman Bin Mohamed. berikut adalah pemenang bagi Kejohanan tersebut

3 comments: