17 January 2012

PEMANTAUAN : LATIHAN TERJUN 2012

Sukan : Terjun
Tarikh : 10 & 11 Januari 2012
Atlet : 10 orang

Sesi latihan pertama bagi tahun 2012 telah dijalankan pada 10 Januari 2012 yang lalu. Walaupun jurulatih merupakan Jurulatih Sambilan, beliau sepatutnya menjalankan program 2012 bermula bulan Febuari, namun beliau tetap menjalankan latihan pada bulan Januari demi membangunkan sukan Terjun Johor. Komitmen yang ditunjukkan oleh atlet dan ibubapa menambahkan lagi semangat beliau untuk menjalankan latihan tersebut.

Pada sesi kali ini, jurulatih hanya membuat latihan untuk atlet2 yang telah dibawa ke Kem Pelapis yang lalu bagi memberi tumpuan yang lebih kepada atlet2 tersebut. Disebabkan beliau hanyalah sebagai Jurulatih Sambilan, beliau tidak dapat menjalankan latihan pada setiap hari dan kebanyakkan ibubapa berharap agar latihan dapat dijalankan setiap hari agar anak2 mereka dapat berlatih dengan konsisten. Pihak Pelapis Johor kini di dalam usaha mendapatkan Jurulatih dari luar negara bagi memberi pembaharuan serta peningkatan kepada Program Terjun di negeri Johor. Diharap semua pihak dapat memberi kerjasama di dalam membangunkan sukan ini.




3 comments:

  1. Bro, gaya bahasa laporan macam karangan budak PMR lah. Pro lah sikit bro....

    ReplyDelete
  2. Jangan pulak hangat-hangat taik ayam. Saya selalu juga pergi kolam renang Larkin tu, macam chipsmore aje. Jurulatih macam tak komited. Tang tu yang terjun, yang renang pulak, jurulatih macam pemalas je duduk tak gerak-gerak. Suarapun jarang dengar... Yang saya nampak jurulatih tu dah lama sangat. Tak ada perubahan... mana nak ada kemajuan. Macam mana atlet Johor nak maju. Carilah jurulatih lain...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas cadangan dan komen anda. jika ada sebarang cadangan silalah di kemukakan kpd kami dan segala kritikan akan kami ambil sebgai cabaran. kerana kami di dalam usaha membangunkan sukan untuk negeri Johor dan Negara.

    ReplyDelete