01 January 2013

PENTADBIRAN



 
MAJLIS SUKAN NEGARA
(UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR)

Rujukan Fail            : 
IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. (a)   JAWATAN                                         :            PEMBANTU TADBIR
                                                                                    (KEWANGAN)

     (b)   BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN                             :           MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA  

     (c)   GRED                                               :           N 17

    (d)   KUMPULAN PERKHIDMATAN     :           SOKONGAN

    (e)   KLASIFIKASI PERKHIDMATAN    :           PERKHIDMATAN SOSIAL

    (f)    JADUAL GAJI                                  :           MENGIKUT SKIM N 17

    (g)   TARAF JAWATAN                           :           KONTRAK



SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)       warganegara Malaysia ;

(b)       berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)                   
i)          Sijil Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

ii)         lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Keutamaan diberi kepada calon- calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas).

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar satu sampul surat berukuran 10cm x 23cm bersetem dan alamat sendiri dengan mencatat ”MOHON BORANG MSNJ/USPTNJ” disudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil yag diperlukan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Salinan Sijil-Sijil yang perlu dihantar bersama Borang: -

1. Salinan Sijil Kelahiran
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Lesen Memandu Kenderaan
4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
5. Salinan Sijil SPM atau kelulusan setaraf
6. Sekeping gambar berukuran PASPORT yang terbaru
(tidak dikembalikan)
7. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2012 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
ARAS 1, STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JALAN DATO’ JAFFAR
80350, JOHOR BAHRU
JOHOR

TARIKH IKLAN       :           01 JANUARI 2013
TARIKH TUTUP     :           18 JANUARI 2013

 CATITAN AM

(a)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c)  Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.






No comments:

Post a Comment