25 September 2013

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 1/2013


Sukan     : Menembak

PLN        : Menembak Negeri Johor,Batu Pahat
Tarikh     : 19 - 22 September 2013
Vanue     : Lapangsasar Menembak Pulau Pinang
JPM        : En Subari Bin Ariffin
JSM        : En Mohd Nasir Bin Ramli


Berikut adalah sedikit retetan peristiwa dan aksi para atlet johor semasa kejohanan.



HARI PERTAMA
TARIKH   : 19/09/2013
ACARA  : 10m Air Pistol Women/ Men (Individu)


  • Pada hari pertama kejohanan, Pasukan Menembak Negeri Johor berjaya merangkul tiga (3) pingat iaitu dengan satu (1) emas dan dua (2) perak.
10m Air Pistol  Men
  1. Hazeq Haqeem Bin R Azmi - emas (score 537)
  2. Andy Er Zhen Wei - perak (score 536)
  3. Muhammad Amirul Haziq Bin Norhan - ke 9 (score 526)
Amirul, Andy dan Hazeq

Amirul sedang memberikan tumpuan bagi tembakannya

Pemenang pingat Emas bagi acara 10m Air Pistol Men.

Pemenang bagi pingat Perak juga adalah dari Negeri Johor
10m Air Pistol  Women
  1. Yvone Ong - perak (score 349)
  2. Elaine Ong - ke 7 (score 340)
  3. Chun Jing Yi - ke 20 (score 295)
Yvone, Chun dan Elaine

Pemenang pingat Perak bagi acara 10m Air Pistol Women

HARI KEDUA
TARIKH   : 20/09/2013
ACARA  : 10m Air Rifle Women / Men

  • Pada hari kedua kejohanan pula, Pasukan Menembak Negeri Johor sekali lagi berjaya menambah dua (2) pingat emas.
10m Air Rifle Men
  1. Iqbal Hazim Bin Nordin - emas (score 561)
  2. Mohamad Zakee B Roslee - ke 9 (score 547)
  3. El Roy Jerk - ke 20 (score 505)
Zakee sedang melakukan persiapan sebelum pertandingan di mulakan

El Roy sedang melakukan tembakan

Iqbal (tengah) menunjukan prestasi yang memuaskan di dalam kejohanan ini

Iqbal pemenang pingat Emas kedua Johor.
10m Air Rifle Women
  1. Nur Ain Bt Kamari - emas (score 387)
  2. Norliana Bt Abu Naim - ke 13 (score 362)
  3. Nursyafiqah Bt Mohammad Faiz - ke 24 (score 337)
Ini merupakan pengalaman pertama Syafiqah (kiri)  menyertai kejohanan.

Yana merupakan atlet berusia 15 tahun.

Pada kejohanan ini, Ain menunjukan prestasi yang agak baik

Tahniah diucapkan kepada Ain yang telah menyumbang pingat Emas yang ketiga buat Negeri Johor
HARI KETIGA
TARIKH   : 21/09/2013
ACARA  : 10m Air Pistol Women/ Men (Berpasukan)


  • Pasukan Negeri Johor berjaya menambah dua pingat lagi iaitu pingat perak bagi pasukan wanita dan pingat gangsa bagi pasukan lelaki.

10m Air Pistol Men (Berpasukan)

Pingat Gangsa
  1. Hazeq Haqeem Bin R Azmi - (score 510)
  2. Andy Er Zhen Wei - (score 521)
  3. Muhammad Amirul Haziq Bin Norhan - (score 553)
* Jumlah keseluruhan adalah 1584 mata.

10m Air Pistol  Women (Berpasukan)

Pingat Perak
  1. Yvone Ong - (score 346)
  2. Elaine Ong - ke 7 (score 353)
  3. Chun Jing Yi - ke 20 (score 312)
* Jumlah keseluruhan adalah 1011 mata.


HARI KEEMPAT
TARIKH   : 22/09/2013
ACARA  : 10m Air Rifle Women/ Men (Berpasukan)


  • Pada hari terakhir kejohanan, pasukan lelaki berjaya menambah satu pingat perak, manakala bagi pasukan wanita hanya sekadar di tempat keempat.
10m Air Rifle Men (Berpasukan)

Pingat Perak
  1. Iqbal Hazim Bin Nordin - (score 563)
  2. Mohamad Zakee B Roslee - (score 560)
  3. El Roy Jerk -(score 513)
* Jumlah keseluruhan adalah 1636 mata.

10m Air Rifle Women (Berpasukan)

Tempat ke 4
  1. Nur Ain Bt Kamari -(score 387)
  2. Norliana Bt Abu Naim - ke 13 (score 377)
  3. Nursyafiqah Bt Mohammad Faiz - ke 24 (score 325)
* Jumlah keseluruhan adalah 1089 mata.


Berikut adalah gambar-gambar semasa kejohanan berlangsung dan sedikit ulasan.

En Subari akan melakukan perbincangan setiap kali selepas kejohanan 

En Nasir memberi penerangan sebelum kejohanan dimulakan

Atlet Rifle Negeri Johor membuat latihan



Wajah-wajah atlet Menembak Johor

Atlet bergambar bersama Dato' Jalil dan pegawai teknikal


  • Atlet menunjukan semangat juang yang tinggi.
  • Terdapat beberapa atlet baru menyertai kejohanan juga menunjukan prestasi yang baik, namun perlu mempelajari lebih banyak teknik pernafasan dan kawalan emosi.
  • Secara keseluruhan, Pasukan Negeri Johor menduduki tangga pertama didalam kedudukan pingat.
  • Pasukan Menembak Negeri Johor berjaya membawa pulang 3 emas, 4 perak, 1 gangsa

ROSHAZA AZEERA BT ROSLANSDO MENEMBAK NEGERI JOHOR

10 September 2013

PERJUMPAAN IBUBAPA ATLET BARU TERJUN


TARIKH : 7 SEPTEMBER 2013
MASA : 8.00- 10.30 PG
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB LARKIN

Perjumpaan bersama ibubapa atlet baru Terjun Johor adalah hasil dari TID yang telah dijalankan pada 30 Mac 2013 yang lalu. Seramai 20 orang atlet telah terpilih dan hanya 18 orang sahaja yang telah datang pada hari tersebut. 
 Pada hari itu atlet-atlet baru telah diberi latihan awal dengan dibantu oleh atlet lama dan Jurulatih Xuji. Manakala PPN telah membuat perjumpaan bersama ibubapa atlet bagi menerangkan bagaimana program latihan dijalankan serta hala tuju Program Pelapis. Atlet baru tersebut hanya diminta untuk hadir ke latihan 3 kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis & Sabtu dan atlet tersebut diberi masa selama sebulan latihan percubaan dan kemudian jurulatih akan menapis semula altet-atlet tersebut. Ini adalah bagi memastikan atlet yang terpilih adalah benar-benar berkualiti, bersungguh-sungguh dan memberi komitmen semasa latihan.
Pada hari tersebut juga Pengurus dari Cawangan Pelapis (Mr Giam) turut serta hadir sementara beliau menunggu bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. 
Di akhir perjumpaan tersebut, atlet-atlet lama telah mambuat terjunan di kolam sambil ditonton oelh para ibubapa serta atlet-atlet baru yang hadir. Ia adalah sebagai pemangkin semangat untuk atlet-atlet baru serta ibubapa yang hadir.









Perjumpaan PPN bersama ibubapa.



Latihan dryland dijalankan sambil dibantu oleh atlet senior.


Mr Giam Turut hadir semasa program berjalan.

09 September 2013

PEMANTAUAN LATIHAN SUAIAN FIZIKAL SUKAN TERJUN SERTA PERJUMPAAN ATLET

LAPORAN PEMANTAUN

SUKAN : TERJUN

TARIKH : 6 SEPTEMBER 2013
MASA : 4.00-5.30 PETANG
TEMPAT : GYM STADIUM LARKIN

Kehadiran:
  1. Puan Nor Rafida : Pegawai Conditioning ISN Johor
  2. Atlet seramai 6 orang.
LATIHAN

1. Tekan Tubi
2. Medicine ball throw
3. Lunges with Dumbell
4. Pike
5. Side Bridging
6. Core training



ULASAN:

1. Pegawai conditioning memaklumkan bahawa kekuatan stamina atlet sedikit menurun kerana pada bulan puasa yang lalu ramai atlet tidak hadir sesi latihan. Namun pegawai tersebut akan meningkatkan semuala tahap kekuatan stamina atlet dengan menjalankan 2 sesi seminggu bagi latihan suaian fizikal

2. PPN mengambil peluang untuk berjumpa dengan atlet selepas latihan dijalankan bagi memaklumkan berkenaan kejohana yang akan disertai pada akhir bulan Oktober ini. PPN juga meminta atlet untuk tidak ponteng latihan selepas ini dan jika ada yang kerap tidak hadir tanpa sebab PPN takkan teragak-agak untuk membatalkan penyertaan atlet tersebut. Ini adalah bagi memastikan atlet akan hadir setiap hari ke latihan dan PPN berharap agar ibubapa dapat memahami masalah berkenaan.

3. PPN juga telah meminta bantuan atlet untuk membantu PPN semasa Program lapor diri atlet baru serta perjumpaan PPN bersama ibubapa atlet pada keesokkan harinya. 

4. Terima kasih diucapkan kepada unit conditioning ISN Johor kerana membantu dalam meningkatkan lagi stamina dan prestasi atlet terjun Pelapis Johor. 





03 September 2013

Laporan Pemantaun Sukan Menembak

LAPORAN PEMANTAUN

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 29 OGOS 2013
MASA : 1515 - 1730
TEMPAT : PUSAT LATIHAN MENEMBAK NEGERI JOHOR

Kehadiran:
  1. En Subari Bin Ariffin - JPM
  2. En Mohd Nasir Bin Ramli - JSM
  3. Atlet seramai 7 orang.
LATIHAN
  1. Shooting Trial Air Pistol & Air Rifle 10m
PERTANDINGAN
  1. Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Trophy Chia Woh, yang akan disertai pada 03 - 08 September 2013
  2. Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2013, yang akan disertai pada 19 - 22 September 2013.
PERALATAN
  1. Satu (1) unit System Simulator SCATT mengalami kerosakan serius dan perlu diperbaiki segera. Penambahan dua (2) unitlagi juga amat perlu disegerakan.
  2. Empat (4) unit komputer kegunaan SCATT rosak sejak September 2012 dan perlu pengantian segera.
  3. Kesemua mesen sasaran 25m mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki segera agar segala perancangan latihan tidak terjejas.
ULASAN
  1. Menurut En Subari, kehadiran atlet baru amat mengecewakan. Hanya seorang atlet sahaja yang konsisten menjalani latihan. Atlet-atlet baru yang tidak hadir menjalani latihan selama sebulan lebih ini akan digugurkan.
  2. Menurut kedua-dua jurulatih, TID tidak perlu dijalankan setakat ini bagi menggantikan atlet baru, ini kerana bilangan atlet yang sedia ada sudah mencukupi bagi membentuk satu pasukan yang berkualiti.
  3. Pendedahan awal perlu diberikan kepada atlet baru bagi meningkatkan tahap keyakinan diri.
  4. Jurulatih memaklumkan agar pusat latihan dinaik taraf bagi memastikan program pembangunan yang berterusan. Jurulatih mencadangkan agar menyediakan asrama bagi atlet yang benar-benar berpotensi.
  5. Laporan kerosakan dan skop kerja telah di emelkan kepada pengurus. Tindakan lanjut akan diambil dari pihak saya bagi menyediakan quotation.

sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh,

ROSHAZA AZEERA BINTI ROSLAN
SDO MENEMBAK


Sebahagian atlet lelaki

En Nasir memberi penerangan kepada atlet baru


Kedua-dua jurulatih berbincang antara satu sama lain